Luiz Felipe Scolari

Luiz Felipe Scolari
Maklumat peribadi
Nama penuh Luiz Felipe Scolari
Tarikh lahir (1948-11-09) 9 November 1948 (umur 75)
Tempat lahir Passo Fundo, Brazil
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Grêmio (pengurus)
Kerjaya remaja
1966–1973 Aimoré
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1973–1979 Caxias
1980 Juventude
1980–1981 Novo Hamburgo
1981 CSA
Pasukan diurus
1982 CSA
1982–1983 Juventude
1983 Brasil (PE)
1984–1985 Al-Shabab
1986 Brasil (PE)
1986–1987 Juventude
1987 Grêmio
1988 Goiás
1988–1990 Al Qadisiya
1990 Kuwait
1990 Coritiba
1991 Criciúma
1991 Al-Ahli
1992 Al Qadisiya
1993–1996 Grêmio
1997 Júbilo Iwata
1998–2000 Palmeiras
2000–2001 Cruzeiro
2001–2002 Brazil
2002–2008 Portugal
2008–2009 Chelsea
2009–2010 Bunyodkor
2010–2012 Palmeiras
2012–2014 Brazil
2014– Grêmio
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Luiz Felipe Scolari (sebutan dalam bahasa Portugis: , sebutan dalam bahasa Portugis: ), ComIH (lahir 9 November 1948), atau dikenali sebagai Felipão di Brazil dan Phil Scolari atau Big Phil di dunia, merupakan pengurus bola sepak dari Brazil yang kini mengurus Grêmio.

Kerjaya mengurus

1981-2001

Selepas bersara daripada bola sepak pada tahun 1982, beliau ingin bertugas sebagai pengurus CSA, yang menjuarai Campeonato Alagoano pada musim pertamanya. Selepas itu, beliau mengurus kelab Juventude (dua kali), Brasil de Pelotas dan Al-Shabab di Arab Saudi. Kemudian, beliau berpindah ke Grêmio, salah satu kelab gergasi Brazil dan anak buah Scolari menjuarai Campeonato Gaúcho 1987.

Beliau telah menghabiskan masanya selama dua tahun bersama kelab Kuwait, Al Qadisiya Kuwait. Di sana, beliau membawa anak buahnya menjuarai Piala Emir Kuwait pada 1989. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Kuwait dan memenangi Piala Teluk Arab kali ke-10 di Kuwait.

Scolari kembali ke Brazil untuk menjadi jurulatih Coritiba. Beliau hanya melatih Coritiba selama tiga perlawanan dan ketiga-tiga perlawanan itu, skuad Scolari tewas. Disebabkan itu, beliau keluar dari Coritiba kerana aksi teruk pasukannya.

Scolari melatih Criciúma dan menjuarai Copa do Brasil buat pertama kali. Beliau kemudian kembali ke Timur Tengah untuk mengurus Al-Ahli dan Al Qadisiya.

Pada 1993, Scolari kembali ke Grêmio, di mana beliau dikritik oleh media Brazil kerana bermain bola sepak bukan cara pragmatik Brazil. Scolari bersama pasukannya memenangi enam gelaran dalam masa tiga tahun termasuk Copa Libertadores pada 1995 dan membantu pasukannya untuk layak ke Piala Antara Benua, di mana pasukannya tewas dalam perlawanan akhir kepada Ajax Amsterdam melalui tendangan penalti, 4-3.

Pada 1997, Scolari menjadi pengurus J. League, Júbilo Iwata tetapi beliau hanya melatih pasukan itu sebanyak sebelas perlawanan dan kemudian kembali melatih Palmeiras di Brazil.

Dalam masa tiga tahun, Scolari melatih Palmeiras untuk memengani Copa do Brasil, Copa Mercosur dan gelaran pertama Copa Libertadores selepas menentang Deportivo Cali dari Colombia. Pasukan Scolari hanya naib juara selepas bertemu dengan Manchester United dalam Piala Antara Benua 1999. Beliau dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik Amerika Selatan pada 1999.

Pada 2000, Scolari melatih Cruzeiro selama satu tahun.

2001-2002

Pada Jun 2001, Scolari telah dilantik untuk menjadi pengurus Brazil. Beliau melatih Brazil untuk persediaan menghadapi lima perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2002. Pasukannya tewas buat pertama kali ketika menentang Uruguay, 1-0.

Dalam persediaan Piala Dunia 2002, Scolari memasuki penyerang berbisa, Romário ke dalam skuadnya termasuk pemain 3R, iaitu Ronaldo, Rivaldo dan Ronaldinho untuk memantapkan lagi jentera serangan. Brazil memasuki kejohanan itu dengan menang ke atas Turki, China, Costa Rica, Belgium, England dan Turki sekali lagi untuk mara ke perlawanan akhir sebelum ke perlawanan akhir membenam pasukan Jerman, 2-0 hasil jaringan Ronaldo untuk menjuarai gelaran kelima juara dunia.

2003-2008

Selepas kejayaan Piala Dunia 2002, Scolari mengambil alih pengurus Portugal pada 2003 sebagai persiapan UEFA Euro 2004. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Portugal bermula dengan langkah kiri apabila tewas mengejut 2-1 kepada Greece. Namun, anak buah Scolari menang dalam dua perlawanan peringkat kumpulan menentang Sepanyol dan Rusia. Portugal menang ke atas England melalui sepakan penalti dalam peringkat suku akhir selepas terikat seri 2-2. Portugal membenam Belanda di suku akhir sebelum ke perlawanan akhir bertemu Greece. Namun, Greece menang ke atas Portugal 1-0 untuk gelaran pertama mereka di Kejohanan Bola Sepak Eropah.

Beliau melatih Portugal di Piala Dunia 2006, di mana anak buah Scolari berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan England di suku akhir. Tetapi, pasukannya tidak berjaya ke perlawanan akhir selepas tewas kepada Perancis. Walau bagaimanapun, Portugal hanya menduduki tempat keempat kejohanan itu selepas tewas tipis kepada Jerman, 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Berikutan kejohanan itu, Scolari dikaitkan untuk menjadi pengurus England tetapi beliau lebih gemar menjadi pengurus Portugal.

Scolari mengambil alih skuad Portugal yang mengambil bahagian di Euro 2008, di mana pasukannya berjaya ke peringkat kalah mati sebelum tewas kepada Jerman dalam perlawanan suku akhir. Ketika kejohanan itu, beliau mengumumkan beliau mungkin akan sertai kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada musim 2008–09.

2008-2012

Chelsea

Scolari mengambil alih pengurus Chelsea pada 1 Julai 2008. Peristiwa ini diumumkan selepas perlawanan Euro 2008 di antara Republik Czech dan Portugal pada 11 Jun. Scolari menjadi pengurus pertama yang menjuarai Piala Dunia melatih di Liga Perdana Inggeris. Scolari mengatakan bahawa beliau juga suka melatih Manchester City.

Perlawanan pertama Scolari sebagai pengurus Chelsea dalam satu perlawanan persahabatan menentang kelab China, Guangzhou Pharmaceutical, Chelsea menang 4–0. Beliau kemudian membawa pemain tengah, Deco dari FC Barcelona ke Chelsea dan bayarannya sekitar £8 juta. Scolari kemudian tewas kepada Manchester City untuk membida pemain antarabangsa Brazil, Robinho dari Real Madrid.

Kerjaya Scolari menjadi pengurus Chelsea tampak baik di Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan juara Piala FA 2008, Portsmouth, 4-0. Scolari kemudian dipecat dari pengurus Chelsea pada 9 Februari 2009 selepas Chelsea hambar tewas 2-0 kepada Liverpool dan terikat seri 0-0 kepada Hull City. Pengganti Scolari ialah pengurus dari Belanda, Guus Hiddink yang juga membawa Rusia ke peringkat suku akhir UEFA Euro 2008.

Bunyodkor

Pada 8 Jun 2009, Scolari menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama juara Uzbekistan, FC Bunyodkor. Kontrak itu membuatkan harga pengurus tertinggi bola sepak di dunia, menerima gaji sebanyak €13 juta setahun.

Beliau meninggalkan kelab itu pada 29 Mei 2010 selepas gagal untuk membawa Bunyodkor melepasi pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC.

Palmeiras

Pada 13 Jun 2010, Scolari menjadi pengurus baru Palmeiras. Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun setengah. Beliau bersama Palmeiras menjuarai Copa do Brasil. Pada 13 September 2012, keputusan teruk Scolari yang membawa Palmeiras menamatkan Campeonato Brasileiro 2012 di tempat ke-18 liga membawa pengunduran Big Phil.

2012-2014

Scolari melatih Brazil di Piala Dunia 2014.

Pada 28 November 2012, Scolari kembali melatih Brazil menggantikan Mano Menezes. Beliau ingin membawa anak buahnya menjuarai Piala Dunia FIFA 2014 untuk mengulang kejayaan 2002. Scolari tewas dalam perlawanan pertamanya bersama Brazil, 2-1 kepada England di Stadium Wembley.

Pasukan Scolari berjaya menumbangkan Jepun, 3-0 dalam aksi pembukaan Piala Konfederasi FIFA 2013. Tiga hari kemudian, pasukan Big Phil berjaya menewaskan Mexico, 2-0. Pasukan Brazil kemudian menang ke atas Uruguay, 2-1 dalam separuh akhir sebelum membenam juara dunia 2010 dan dua kali berturut-turut juara Eropah, Sepanyol, 3-0.

Pada Piala Dunia FIFA 2014, Brazil dimalukan Jerman selepas tewas 7-1 dalam peringkat separuh akhir. Perlawanan ini antara kekalahan terbsear Piala Dunia dan empat gol dijaringkan dalam masa sepuluh minit. Scolari kemudian melabelkan sebagai "hari yang paling teruk dalam hidup saya".

Pada 14 Julai 2014, selepas kekalahan itu, giliran Belanda pula menewaskan Brazil, 3-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Scolari kemudian akan mengubah posisinya sebagai pengurus.

2014-kini

Pada 29 Julai 2014, Luiz Felipe Scolari menjadi pengurus Grêmio.

Statistik pengurus

Sehingga 7 September 2014
Pasukan Negara Dari Sehingga Rekod
BP M S K Menang %
CSA Brazil 1982 1982 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0
Juventude Brazil 1982 1983 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0
Brasil (PE) Brazil 1983 1983 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0
Al-Shabab Arab Saudi 1984 1985 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0
Brasil (PE) Brazil 1986 1986 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0
Juventude Brazil 1986 1987 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025.00
Grêmio Brazil 1987 1987 &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&046.67000046.67
Goiás Brazil 1988 1988 &&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&021.74000021.74
Al Qadisiya Kuwait 1988 1990 &&&&&&&&&&&&&035.&&&&&035 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&037.14000037.14
Kuwait Kuwait 27 Januari 1990 Ogos 1990 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0
Criciúma Brazil 1991 1991 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0
Al-Ahli Arab Saudi 1991 1991 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&-0
Al Qadisiya Kuwait 1992 1992 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&050.&&&&&050.00
Grêmio Brazil Januari 1993 Jun 1996 &&&&&&&&&&&&&085.&&&&&085 &&&&&&&&&&&&&035.&&&&&035 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&032.&&&&&032 &&&&&&&&&&&&&041.18000041.18
Júbilo Iwata Jepun Julai 1997 Disember 1997 &&&&&&&&&&&&&030.&&&&&030 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&010.&&&&&010 &&&&&&&&&&&&&066.67000066.67
Palmeiras Brazil Januari 1998 Jun 2000 &&&&&&&&&&&&0254.&&&&&0254 &&&&&&&&&&&&0127.&&&&&0127 &&&&&&&&&&&&&064.&&&&&064 &&&&&&&&&&&&&063.&&&&&063 &&&&&&&&&&&&&050.&&&&&050.00
Cruzeiro Brazil Julai 2000 Jun 2001 &&&&&&&&&&&&&057.&&&&&057 &&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&040.35000040.35
Brazil Brazil Julai 2001 Julai 2002 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&075.&&&&&075.00
Portugal Portugal November 2002 Jun 2008 &&&&&&&&&&&&&074.&&&&&074 &&&&&&&&&&&&&042.&&&&&042 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&056.76000056.76
Chelsea England Julai 2008 Februari 2009 &&&&&&&&&&&&&036.&&&&&036 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&055.56000055.56
Bunyodkor Uzbekistan Jun 2009 Mei 2010 &&&&&&&&&&&&&038.&&&&&038 &&&&&&&&&&&&&030.&&&&&030 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&078.95000078.95
Palmeiras Brazil Jun 2010 September 2012 &&&&&&&&&&&&0154.&&&&&0154 &&&&&&&&&&&&&065.&&&&&065 &&&&&&&&&&&&&047.&&&&&047 &&&&&&&&&&&&&042.&&&&&042 &&&&&&&&&&&&&042.21000042.21
Brazil Brazil November 2012 Julai 2014 &&&&&&&&&&&&&029.&&&&&029 &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&065.52000065.52
Grêmio Brazil Julai 2014 kini &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&057.14000057.14
Jumlah kerjaya &&&&&&&&&&&&0883.&&&&&0883 &&&&&&&&&&&&0437.&&&&&0437 &&&&&&&&&&&&0218.&&&&&0218 &&&&&&&&&&&&0228.&&&&&0228 &&&&&&&&&&&&&049.49000049.49

Penghargaan

Pengurus

Kelab

CSA
Al Qadisiya
Criciúma
Grêmio
Palmeiras
Cruzeiro
Bunyodkor

Antarabangsa

Kuwait
Brazil

Individu

Rujukan

  1. ^ "Scolari Resigns As Brazil's Coach". The New York Times. 10 August 2002. Dicapai pada 9 February 2009.
  2. ^ McNulty, Phil (4 July 2004). "Greece win Euro 2004". BBC Sport. Dicapai pada 9 February 2009.
  3. ^ "Scolari begins reign with victory". BBC Sport. 23 July 2008. Dicapai pada 9 February 2009.
  4. ^ Roughley, Gregg (30 June 2008). "Chelsea sign Deco from Barcelona". London: The Guardian. Dicapai pada 9 February 2009.
  5. ^ "Man City beat Chelsea to Robinho". BBC Sport. 1 September 2008. Dicapai pada 9 February 2009.
  6. ^ "Chelsea 4–0 Portsmouth". Radio Telefís Éireann. 17 August 2008. Dicapai pada 9 February 2009.
  7. ^ "Scolari sacked as Chelsea manager". BBC Sport. 9 February 2009. Dicapai pada 9 February 2009.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-17. Dicapai pada 2014-12-16.
  9. ^ "Who is the highest paid manager in the world?". blitzcorner. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-08. Dicapai pada 2009-09-08.
  10. ^ "Scolari leaves Palmeiras post".
  11. ^ "Luis Felipe Scolari to coach Brazil". ESPN. 29 November 2012. Dicapai pada 30 November 2012.
  12. ^ "Brazil turn back to Luiz Felipe Scolari ahead of World Cup". BBC Sport. 29 November 2012. Dicapai pada 30 November 2012.
  13. ^ "Brazil confirm Luiz Felipe Scolari will lead side into 2014 World Cup". Guardian UK. 29 November 2012. Dicapai pada 30 November 2012.
  14. ^ "Luiz Felipe Scolari to lead Brazil at 2014 World Cup". Independent. 29 November 2012. Dicapai pada 30 November 2012.
  15. ^ "The greatest half hour in World Cup history?". Eurosport. 9 July 2014. Dicapai pada 9 July 2014.
  16. ^ "World Cup 2014: Brazil boss Luiz Felipe Scolari on 'worst day'". BBC. 9 July 2014. Dicapai pada 9 July 2014.
  17. ^ "Luiz Felipe Scolari: Brazil coach 'resigns' after World Cup 2014". BBC Sport. 14 July 2014. Dicapai pada 14 July 2014.
  18. ^ "Luiz Felipe Scolari 'sacked' as Brazil manager after World Cup failure". Daily Telegraph. 14 July 2014. Dicapai pada 14 July 2014.
  19. ^ Downie, Andrew (14 July 2014). "Luiz Felipe Scolari resigns as Brazil manager". Sao Paulo: Toronto Sun. Reuters. Dicapai pada 14 July 2014.

Templat:Skuad Grêmio FBPA