Karnataka ಕನಾ೯ಟಕ | |
— state — | |
Koordinat | |
Negara | India |
Daerah | 29 |
Tarikh ditubuhkan | 1 November 1956 |
Ibu negeri | Bengaluru |
Bandar terbesar | Bengaluru |
Gabenor | Rameshwar Thakur |
Ketua Menteri | H.D.Kumaraswamy |
Perundangan (kerusi) | Bicameral (224 + 75) |
Penduduk |
52,850,562 (9) • 275.6/km2 (714/sq mi) |
Bahasa rasmi | Kannada |
---|---|
Zon masa | IST (UTC+5:30) |
Keluasan | 191791 km2 (74051 sq mi) |
ISO 3166-2 | IN-KA |
Laman web | www.karnataka.gov.in |
Mohor Karnataka ಕನಾ೯ಟಕ |
Karnātakā sebutan (bantuan·maklumat) (Bahasa Kannada: ಕನಾ೯ಟಕ) () ialah salah sebuah daripada empat buah negeri India Selatan. Negeri ini diwujudkan pada 1 November 1956 melalui pelulusan Akta Penyusunan Semula Negeri. Mula-mulanya dinamakan Negeri Mysore, namanya beralih kepada Karnataka pada tahun 1973. Karnataka bersempadan dengan Laut Arab di barat, Goa di barat laut, Maharashtra di utara, Andhra Pradesh di timur, Tamil Nadu di tenggara, dan Kerala di barat daya. Negeri ini meliputi kawasan seluas 191,791 km² atau 5.83% daripada keseluruhan tanah geografi India. Karnataka ialah negeri India yang kelapan terbesar dari segi keluasan, kesembilan terbesar dari segi bilangan penduduk dan merangkumi 29 daerah. Bahasa Kannada merupakan bahasa rasmi dan bahasa yang paling meluas ditutur.
Meskipun terdapat sebilangan etimologi yang diusulkan bagi nama Karnataka, namun satu yang diterima umum adalah bahawa Karnataka berasal daripada perkataan bahasa Kannada karu dan nādu, yang bermaksud tanah tinggi. Karu nadu juga dibaca sebagai Karu (hitam) dan nadu (kawasan), iaitu menyentuh tanih kapas hitam yang ditemui di kawasan Bayaluseeme di Karnataka. Ketika zaman Raj British, perkataan Carnatic atau Karnatak dipakai untuk memaksudkan bahagian ini dalam kawasan secara am.
Dengan sejarah yang lama sejak zaman paleolitik, Karnataka juga pernah menempatkan antara empayar-empayar yang paling perkasa di India. Ahli falsafah dan pujangga muzik agung yang pernah hidup di bawah empayar-empayar ini melancarkan gerakan sosio-agama dan kesusasteraan kesan pemuliaannya dirasai di merata tempat. Karnataka juga banyak menyumbang kepada kedua-dua bentuk muzik klasik India, iaitu tradisi Karnatik dan Hindustan. Para pengarang berbahasa Kannada pernah meraih bilangan anugerah Jnanpith terbanyak di India. Bangalore, juga dikenali sebagai Bengalūru, dijadikan ibu negeri dan berada di tampuk peneraju pembangunan ekonomi dan teknologi pesat yang dialami India.