James Franco | |
---|---|
Kelahiran | James Edward Franco 19 April 1978 |
Pekerjaan | Pelakon, pembikin filem |
Tahun aktif | 1997–kini |
Saudara |
|
James Edward Franco (lahir 19 April 1978) merupakan seorang pelakon, pembikin filem dan pengajar kolej. Beliau terkenal menerusi filem trilogy Spider-Man oleh Sam Raimi dari tahun 2002 sehingga 2007, selain Milk (2008), Pineapple Express (2008), 127 Hours (2010), Eat, Pray, Love (2010), Rise of the Planet of the Apes (2011), Spring Breakers (2012), Oz the Great and Powerful (2013), This Is the End (2013), dan The Disaster Artist (2017); menerusi filem itu, beliau telah dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-75. Franco turut terkenal menerusi kolaborasi bersama pelakon Seth Rogen, dan mereka pernah bergandingan dalam lapan buah filem dan satu siri televisyen.
Selain filem, Franco juga pernah terlibat dalam lakonan di televisyen, dengan lakonan pertama beliau adalah sebagai Daniel Desario dalam komedi-drama Freaks and Geeks (1999–2000). Beliau juga turut pernah memegang watak James Dean dalam filem biografi televisyen James Dean (2001), yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Golden Globe ke-59. Franco turut pernah muncul dalam drama lipur-lara General Hospital (2009–2012) selain muncul dalam siri 11.22.63 (2016). Beliau juga membintangi drama untuk HBO berjudul The Deuce (2017–kini).
Franco merupakan sukarelawan bagi kerja amal Seni Elysium dan turut mengajar kelas-kelas filem di Universiti New York, Universiti California Selatan, UCLA, Studio 4, dan Sekolah Tinggi Palo Alto.
James Edward Franco dilahirkan di Palo Alto, California pada 19 April 1978. Ibu beliau, Betsy Lou (née Verne), merupakan seorang penulis dan pelakon, manakala bapa beliau, Douglas Eugene "Doug" Franco yang meninggal dunia pada tahun 2011, menguruskan perniagaan. Mereka bertemu semasa menjadi pelajar di Universiti Stanford. Bapa beliau mempunyai darah Portugis (dari Madeira) dan Sweden,. Ibunya pula merupakan seorang Yahudi daripada keluarga berketurunan Yahudi Rusia. Datuknya dari sebelah ibu, Daniel, mengubah nama keluarga dari "Verovitz" kepada "Verne" beberapa waktu selepas tahun 1940. Nenek dari sebelah bapanya, Marjorie (née Peterson), merupakan pengarah buku remaja. Nenek dari sebelah ibunya, Mitzie (née Levine), memiliki Galeri Seni Verne di Cleveland, Ohio, dan ahli aktif dalam Majlis Wanita Yahudi Kebangsaan.
Asuhan di dalam keluarga Franco adalah bersifat "akademik, liberal, dan sebahagian besarnya sekular". Beliau membesar di California bersama dua orang lagi adik lelakinya yang juga bergelar pelakon iaitu Tom dan Dave. Franco sering diberi galakan oleh bapanya untuk mendapat keputusan yang bagus dan melakukan yang terbaik dalam SAT. Beliau tamat belajar dari Sekolah Tinggi Palo Alto pada tahun 1996, di mana beliau mula berlakon dalam pementasan. Ini membawa beliau ke CSSSA pada 1998 untuk pengajian teater. Semasa di sekolah tinggi, Franco pernah ditahan kerana kesalahan mengambil minuman beralkohol di bawah umur, melakukan grafiti, dan menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mencuri wangian dari kedai serbaneka dan menjualnya kepada rakan-rakannya di sekolah. . Ini menyebabkan beliau ditahan dan mungkin berhadapan dengan hukuman penjara juvana, namun beliau telah diberi peluang kedua oleh hakim. Mengimbas kembali masalahnya dalam undang-undang, "Ia merupakan rasa gelisah remaja. Saya tidak yakin untuk meluahkan diri saya sendiri dan berinteraksi dengan orang lain. Saya malu. Saya telah berubah pada masa yang tepat dengan mendapatkan gred yang baik."
Walaupun idea untuk menjadi ahli zoologi marin menarik minatnya, Franco sering mengimpikan secara senyap-senyap untuk menjadi seorang pelakon namun beliau gusar ditolak. Beliau telah mendaftar di UCLA dengan mengambil jurusan utama bahasa Inggeris, sebelum membuat keputusan untuk berhenti selepas tahun pertama di situ (menentang keinginan ibu bapanya) untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pelakon. Franco telah memilih untuk mengambil kelas lakonan bersama Robert Carnegie di Playhouse West. Pada masa yang sama, beliau bekerja di McDonald's pada lewat malam untuk menyara hidupnya setelah ibu bapanya enggan berbuat demikian.
Selepas 15 bulan berlatih, Franco mula menghadiri uji bakat di Los Angeles. Beliau mendapat tawaran pertama iaitu iklan televisyen untuk Pizza Hut. ). Beliau menerima tawaran beberapa rancangan televisyen sebagai watak jemputan, namun beliau hanya menerima watak utama pada tahun 1999 selepas beliau membintangi siri televisyen NBC Freaks and Geeks, yang hanya bersiaran untuk 18 episod sahaja sebelum dibatalkan kerana jumlah tontonan yang rendah. Franco menyatakan siri tersebut sebagai “salah satu keseronokan” pengalaman bekerja yang beliau pernah miliki. Dalam temubual yang berbeza, Franco berkata: "Apabila kami melakukan Freaks and Geeks, saya kurang faham bagaimana filem dan TV bekerja, dan I akan membuat penambahbaikan meskipun kamera tidak berada dengan saya ... Jadi saya telah membuat sedikit perubahan, namun bukan dengan cara yang produktif. ." Franco kemudiannya muncul dalam filem pertamanya, Never Been Kissed pada tahun 1999 disamping Drew Barrymore, David Arquette, dan Michael Vartan. Pada tahun 2000, beliau muncul dalam Whatever It Takes, filem yang dihasilkan semula dari pementasan klasik Cyrano de Bergerac (1897) .
Franco kemudiannya mendapat tawaran bagi membintangi filem biografi TV James Dean arahan Mark Rydell sebagai James Dean pada tahun 2001. Untuk menjiwai watak yang diberikan, Franco yang merupakan seorang bukan perokok terpaksa menghisap rokok sebanyak dua kotak sehari, melunturkan rambut, dan belajar menunggang motosikal serta bermain gitar dan bongo. Malahan, untuk lebih memahami watak Dean, Franco meluangkan masanya bersama dua orang rakan Dean. Beliau turut membaca buku-buku dan filem berkaitan Dean. Semasa pengambaran James Dean, Franco tidak berhubung dengan keluarga dan rakanya, serta teman wanitanya pada ketika itu bagi membolehkan beliau mendalami watak yang diberikan. "Ia sangat sunyi," kata Franco. "Jika saya tidak berada di set, saya akan menontong James Dean. Itulah keseluruhan fikiran saya. James Dean. James Dean." Menerusi filem televisyen inilah, beliau telah menerima Anugerah Golden Globe bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri Mini atau Filem Televisyen, selain tercalon untuk Anugerah Emmy dan Anugerah Screen Actor Guild (SAG).
Franco mula menerima perhatian dan kemasyhuran dunia menerusi filem adiwira 2002 Spider-Man, di mana beliau memegang watak sebagai Harry Osborn, anak kepada Green Goblin dan kawan baik Spider-Man (lakonan Tobey Maguire). Pada asalnya, Franco telah dipertimbangkan untuk memegang watak utama Spider-Man/Peter Parker menerusi filem tersebut, sebelum diberikan kepada Maguire. Todd McCarthy dari majalah Variety berkata terdapat "detik-detik yang baik" di antara Maguire dan Franco di dalam filem tersebut. Spider-Man memperoleh $114 juta ketika dibuka di Amerika Utara dan memperoleh $822 juta dari seluruh dunia. .
Franco kemudiannya membintangi Sonny, arahan Nicolas Cage yang ditayangkan pada tahun 2002. Berlatarbelakangkan New Orleans pada tahun 1980-an, Sonny mengenai seorang lelaki bernama Sonny (lakonan Franco) yang pulang ke rumanya selepas dilepaskan dari tentera. Untuk menjiwai wataknya, Franco telah bertemu dengan para pelacur dan mereka yang pernah menjadi pelacur. Filem ini telah dikritik oleh para pengkritik, dengan Lou Lumenick dari New York Post menggelarkannya, "calon segera untuk filem terburuk tahun ini". Franco kemudiannya memegang watak sebagai penagih dadah dan gelendangan dalam drama City by the Sea (2002) selepas Robert De Niro melihat lakonannya dalam James Dean. Franco telah tinggal di jalanan selama beberapa hari untuk menjiwai watak yang diberikan selain berbual dengan penagih dadah sama ada yang masih aktif atau telah meninggalkannya. Franco turut membintangi filem The Company pada tahun 2003 bersama-sama dengan Neve Campbell. Kejayaan Spider-Man telah membuatkan beliau muncul sekali lagi dalam sekual 2004, Spider-Man 2. Filem tersebut diterima baik oleh pengkritik, dan ia merupakan kejayaan yang besar dari segi kewangan, apabila menjadi memegang rekod pecah panggung baharu untuk Amerika Utara. Dengan keuntungan $783 juta dari seluruh dunia, ia menjadi filem kedua terlaris bagi tahun 2004. Tahun berikutnya, Franco muncul dalam komedi gelap The Ape dan filem peperangan The Great Raid (2005), dengan membawa watak Kapten Robert Prince. Pada tahun 2006, Franco bergandingan bersama Tyrese Gibson dalam Annapolis dan memegang watak Tristan dalam Tristan & Isolde, yang turut dibintangi oleh pelakon British, Sophia Myles. Beliau kemudiannya mengambil latihan bagi Lesen Penerbangan Peribadi untuk persiapan bagi watak dalam Flyboys, yang disiarkan pada September 2006; bulan yang sama Franco muncul dalam The Wicker Man, yang dihasilkan semula dari filem 1973 dengan judul yang sama. Pada tahun 2006 juga, beliau muncul dalam komedi romantik, The Holiday.
Franco kemudiannya muncul semula sebagai Harry Osborn dalam Spider-Man 3 (2007). Berbeza dengan dua filem Spider-Man lakonan beliau yang terdahulu yang menerima pujian dari pengkritik filem, Spider-Man 3 pula menerima kritikan bercampur-campur. Walau bagaimanapun, filem ini masih mengutp keuntungan sebanyak $891 juta, dan menjadi siri filem Spider-Man paling berjaya, dan filem lakonan Franco yang menerima kutipan tertinggi sehingga ke hari ini. Dalam tahun yang sama, Franco muncul dalam komedi Knocked Up, yang turut dibintangi pelakon-pelakon Freaks and Geeks iaitu Seth Rogen, Jason Segel dan Martin Starr. Franco turut membintangi sebuah filem bebas dengan bajet rendah Camille disamping Sienna Miller dan Interview, di mana beliau hanya menyumbangkan suara sahaja. Selain itu, pada tahun 2007 juga, beliau menulis, mengarah dan membintangi Good Time Max. Filem yang telah ditayangkan di Festival Filem Tribeca 2007 ini berkenaan dua orang adik beradik lelaki yang menjalani dua kehidupan yang berbeza iaitu seorang bakal menjadi seorang doktor dan seorang lagi (Franco) pula berhadapan dengan penggangguran dan penyalahgunaan dadah. Berikut pemilihan watak untuk dirinya, Franco berkata: " Ia hanya satu proses penghapusan, saya lebih sesuai untuk peranan ini daripada pakar bedah yang bertanggungjawab".
Pada tahun 2008, Franco membintangi Pineapple Express arahan David Gordon Green dan diterbitkan oleh Judd Apatow. Menyentuh berkenaan watak yang diberikan kepada Franco, Apatow berkata, "Anda katakan kepada dia, 'Okey, kau akan memegang watak pengedar ganja', dan dia akan datang dengan sebuah watak tiga-dimensi yang anda akan percaya wujud. Dia mengambilnya sangat serius, walaupun ia adalah komedi". Lakonannya melayakkannya menerima pencalonan kedua Golden Globe bagi Pelakon Terbaik dalam Muzikal atau Komedi. Pada tahun 2008, beliau turut muncul dalam dua buah filem oleh artis Amerika, Carter, yang ditayangkan di galeri Yvon Lambert di Paris. Pada 20 September 2008, Franco telah mengacarakan rancangan komedi Saturday Night Live (SNL), dan mengulanginya buat kali kedua pada 19 Disember 2009.
Franco turut bergandingan bersama-sama dengan Sean Penn, Josh Brolin dan Emile Hirsch, dalam filem arahan Gus Van Sant, Milk (2008). Dalam filem tersebut, beliau memegang watak Scott Smith, teman lelaki kepada Harvey Milk (lakonan Penn). Kenneth Turan dari Los Angeles Times, menulis: "Franco merupakan pasangan yang sesuai untuk beliau sebagai kekasih yang akhirnya muak dengan kehidupan politik". Menerusi filem ini, Franco memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Independent Spirit. Pada penghujung 2009, beliau menyertai opera soap General Hospital sebagai Franco, seorang artis multimedia yang menyerupai dirinya sendiri.
Franco memulakan 2010 dengan melakukan kemunculan dalam sitkom 30 Rock dimana beliau memegang watak sebagai dirinya sendiri yang mempunyai hubungan palsu dengan Jenna Maroney (lakonan Jane Krakowski). Selepas muncul dalam Date Night, sebuah komedi aksi, dan Eat Pray Love, sebuah adaptasi novel. Franco memegang watak sebagai pensajak Allen Ginsberg dalam drama Howl, yang ditayangkan pada 24 September 2010.
Projek berikutnya, 127 Hours, arahan Danny Boyle, Franco memegang watak pendaki gunung, Aron Ralston. Ia telah ditayangkan secara terhad bermula 5 November 2010. 127 Hours mengenai cubaan Ralston untuk melepaskan tangannya yang tersangkut di celahan batu besar ketika mendaki sendirian di Utah dan mengambil langkah-langkah terdesak untuk menyelamatkan dirinya sehingga akhirnya memotong lengannya. Franco menyatakan pembikinan 127 Hours merupakan pengalaman sekali dalam seumur hidup. Sehingga kini, 127 Hours merupakan salah satu filem terbaik lakonannya dan berjaya mengutip $60.7 juta berbanding bajet sebanyak $18 juta. Lakonannya berjaya mendapat pujian ramai. Beliau telah dicalonkan dalam Anugerah Akademi, Golden Globe dan SAG, selain memenangi Anugerah Independent Spirit.
Pada 23 Februari 2011, Franco membuat penampilan cameo dalam Minute to Win It di mana turut disertai oleh Ralston yang bermain untuk kebajikan. Beliau turut muncul sebagai cameo tidak berkredit dalam adengan pembukaan The Green Hornet pada tahun 2011. Franco muncul dalam komedi fantasi Medieval, Your Highness yang digandingkan bersama-sama dengan Natalie Portman dan Danny McBride . Pada Mei 2010, Franco membintangi filem dengan bajet $93 juta, Rise of the Planet of the Apes, salah satu siri Planet of the Apes yang ditayangkan pada 5 Ogos. The Letter atau judul asalnya The Stare, arahan Jay Anania telah menggandingkan Franco bersama-sama dengan Winona Ryder. Franco dan Heather Graham telah membintangi About Cherry. Filem yang menjalankan pengambaran di California ini Franco telah membawa watak sebagai seorang peguam yang ketagihan dadah. Franco telah menarik diri dari filem bebas While We're Young bagi membintangi Oz the Great and Powerful, sebuah prekuel Disney untuk The Wonderful Wizard of Oz (1900). Pengambaran bermula pada Julai 2011, dan ditayangkan pada 8 Mac 2013. Franco turut telah menandatangan untuk berlakon dalam sekuel filem ini.
Pada penghujung September 2010, Franco memperoleh hak ke atas karya Stephen Elliott berjudul The Adderall Diaries, untuk mengadaptasi, mengarah dan membintangi filem tersebut. Pada Januari 2011, pelakon tersebut mengumumkan beliau tidak akan membintangi filem tersebut, tetapi akan mengarahkan diri sendiri dalam The Night Stalker, filem yang diadaptasi dari buku Philip Carlo mengenai pembunuh bersiri 1980-an, Richard Ramirez. Penulis skrip bersama, Nicholas Constantine pada mulanya meragui kebolehan Franco sehinggalah Constantine mengetahui keinginan Franco untuk menjadi pengarah dan kemudiannya Constantine menonton tiga buah filem pendek arahan Franco termasuk sebuah filem berkenaan pembunuh bersiri, yang akhirnya menyakinkan penulis tersebut bahawa Franco mempunya sisi gelap. Franco turut mengarahkan filem dari adaptasi novel As I Lay Dying tulisan William Faulkner.. [[Filem tersebut telah ditayangkan di Festival Filem Cannes 2013. Pada penghujung 2013, Franco telah membintangi This Is the End.
Pada Februari 2012, Franco telah memulakan pengambaran novella 1973 tulisan Cormac McCarthy, Child of God, yang dibintangi oleh Scott Haze sebagai Lester Ballard. Filem ini telah dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Antarabangsa Venice ke-70 selain Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013 dan Festival Filem New York 2013. Pada tahun 2013, Franco bergandingan bersama-sama dengan Vanessa Hudgens, Selena Gomez, Ashley Benson, Gucci Mane and Rachel Korine dalam filem arahan Harmony Korine, Spring Breakers. Pada Mac 2013, telah diumumkan bahawa bakal membuat penampilan sulang di atas pentas Broadway pada tahun 2014 menerusi Of Mice and Men. Pada Oktober 2013, Franco telah muncul dalam video muzik "City of Angels" oleh Thirty Seconds to Mars.
Pada April 2014, Franco telah mengarah dan muncul dalam "Techno Color Sunglasses", yang mempromosi koleksi cermin mata Gucci. Pada Disember, Franco membintangi komedi seram Sony yang kontroversi, The Interview, sebuah filem yang mencerita dunia sebenar hubungan diplomatik di antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara yang mereka kaitkan dengan kejadian penggodaman Sony pada tahun 2014. Pada April 2015, dua daripada projeknya, berjudul I Am Michael dan True Story, telah dipertontonkan di Festival Filem Sundance 2015. Dalam I Am Michael, Franco memegang watak sebagai aktivis gay yang menolak seksualitinya dan menjadi pastor Kristian yang konservatif. Dalam True Story, berdasarkan kisah sebenar, Franco memegang watak Christian Longo, seorang lelaki yang berada dalam senarai paling dikehendaki oleh FBI kerana membunuh isteri dan tiga orang anaknya di Oregon dengan bersembunyi di sebalik identiti Michael Finkel, seorang wartawan lakonan Jonah Hill.
Pada tahun 2015, Franco memegang watak utama dalam siri mini 11.22.63 berdasarkan novel dengan judul yang sama oleh Stephen King. Siri dengan lapan episod ini telah ditayangkan pada 15 Februari 2016. Pada tahun 2016, Franco menjadi penerbit bersama dan membintangi King Cobra, sebuah kisah benar mengenai kebangkitan aktor pornografi gay, Brent Corrigan dan pembunuhan Bryan Kocis. Franco memgang watak sebagai Joseph Kerekes yang disabitkan kesalah membunuh bersama-sama dengan pasangannya. Menerusi komedi Why Him?, yang telah ditayangkan pada Disember 2016, Franco memegang watak jutawan teknologi yang tidak matang berhadapan dengan bapa teman wanitanya yang konservatif yang sering cuba masuk campur dalam perhubungan mereka. Filem tersebut dibintangi oleh Zoey Deutch sebagai teman wanita dan Bryan Cranston sebagai bapa kepada teman wanita.. Franco turut muncul seketika dalam Alien prekuel, Alien: Covenant. Beliau memegang watak sebagai Branson, kapten kapal Covenant dan suami kepada Daniels, lakonan Katherine Waterston. Filem tersebut telah ditayangkan pada 19 Mei 2017.
Pada tahun 2016, Franco mengarah, menerbitkan dan membintangi The Disaster Artist, filem adaptasi buku bukan fiksyen pelakon Greg Sestero dengan judul yang sama, mengenai pembikinan filem The Room, yang dikategorikan sebagai filem terburuk. Dalam filem tersebut, Franco memegang watak sebagai Tommy Wiseau, sementara adiknya, Dave, memegang watak sebagai Sestero. Franco mengekalkan perwatakan beliau sebagai Wiseau sepanjang tempoh pengambaran. The Disaster Artist telah ditayangkan pada 1 Disember 2017 dan menerima pujian dari pengkritik filem selain persembahan watak Wiseau oleh Franco turut mendapat pujian ramai. Lakonan beliau sebagai Wiseau telah melayakkan beliau menerima Pelakon Lelaki Filem Terbaik dalam Muzikal atau Komedi di Anugerah Golden Globe ke-75.
Pada penghujung tahun 2017, Franco yang menghampiri usia 40 tahun berkata beliau akan memperlahankan kerjayanya dan mula fokus dengan dirinya.
Franco telah mengarahkan dan menerbitkan dokumentari berjudul Saturday Night mendokumentasikan seminggu dalam penghasilan satu episod SNL. Filem ini bermula sebagai pendek untuk kelas NYU tetapi berkembang kerana dua episodnya sebagai tuan rumah, sementara cerita pendek yang beliau tulis untuk kelas lain muncul di dalam Esquire dan McSweeney's. Pada musim panas 2010, watak fiksyen Franco dalam General Hospital mengadakan sebuah pameran di Muzium Seni Kontemporari, Los Angelas, sementara Franco yang sebenar pula mengadakan sebuah pameran di muzium berkenaan pengalaman beliau ketika di dalam opera soap.
Pada tahun 2008, Franco dinamakan sebagai wajah minyak wangian lelaki Gucci. Filem pendek yang menampilkan beliau sebagai pengarah, The Feast of Stephen dan Herbert White telah dipersembahkan di Festival Filem Maryland pada Mei 2010. Sebuah lagi filem pendek beliau, The Clerk's Tale, telah ditayangkan di Festival Filem Hamptons pada penghujung 2010. Pada Jun 2010, James Franco muncul dalam pameran solo pertamanya, "The Dangerous Book Four Boys", yang dipersembahkan di Galeri Clocktower di Bandar Raya New York. Dirangka oleh Alanna Heiss, persembahan tersebut menampilkan video, lukisan, dan ukiran.
Pada 19 Oktober 2010, Scribner telah menerbitkan koleksi cerita pendek, Palo Alto, oleh Franco. Buku tersebut dinamakan sempena bandar California di mana Franco membesar dan mendedikasikan kepada penulis-penulis yang pernah bekerja dengannya semasa di Kolej Brooklyn. Diinspirasikan dari kenangan-kenangan remaja FrancoPalo Alto, dan kenangan-kenangan yang ditulis dan dihantar oleh para pelajar dari Sekolah Tinggi Senior Palo Alto, ia mengandungi kehidupan di Palo Alto sebagai pengalaman sekumpulan remaja yang menghabiskan kebanyakan masanya terlibat dalam memandu ketika mabuk, menghidap ganja, dan terlibat dalam tindakan keganasan yang tidak dirancang. Setiap cerita disampaikan oleh seorang perawi muda. Buku tersebut mendapat kritikan bercampur-campur. Menulis dalam The New York Times, Joshua Mohr memuji Franco untuk bagaimana, dalam cerita "Sejarah Amerika", beliau berjajaran bahagian bersejarah dengan komentar sosial masa kini bahawa "membuat kita tertanya-tanya berapa banyak kita telah benar-benar berkembang dalam pasca-bellum Amerika. ". Sekurang-kurangnya seorang editor jurnal sastera telah memberi keterangan bahawa dia tidak akan menerbitkan ceritapcerita Franco, mendakwa ia telah diterbitkan kerana kuasa Franco sebagai bintang dan bukannya bakat sastera. .
Pada Januari 2011, di Festival Filem Sundance 2011, Franco telah menayangkan projek multimedianya berjudul Three's Company The Drama, dimana beliau menggabungkan video dan seni untuk mengemaskini sitkom terdahulu. Franco bertemu semula dengan pengarah Milk, Van Sant untuk pembikinan Unfinished, sebuah projek yang menampilkan dua buah filem: Endless Idaho dan My Own Private River. Endless Idaho mempamerkan penyalinan yang telah disunting, adengan yang telah dipadamkan dan rakaman belakang tabir dari filem My Own Private Idaho (1991), sementara My Own Private River memfokuskan kepada mendiang River Phoenix. Idea untuk pameran ini tercetus selepas Van Sant menunjukkan rakaman yang tidak digunakan dari filem tersebut kepada Franco, dan menginspirasikan beliau untuk mengubahnya menjadi sesuatu. Unfinished telah dibuka dari 26 Februari sehingga 9 April di Galeri Gagosian di Beverly Hills.
Pada 27 Februari 2-11, Franco dan Anne Hathaway telah diberi kepercayaan untuk mengacarakan Anugerah Akademi ke-83. Pemilihan mereka berdua adalah untuk menarik minat penonton muda. Franco pernah berkata bahawa beliau menerima tugas tersebut untuk pengalaman dan kerana ini peluang sekali seumur hidup. Banyak media pemerhati mengkritik Franco kerana terkilan dan kekurangan tenaga di atas pentas serta beberapa pihak melihat ia sebagai terburuk dalam sejarah penyiaran. Menerusi Late Show with David Letterman, Franco menerangkan apabila beliau menerima tawaran tersebut, beliau tidak pernah meletak harapan yang tinggi, dengan menambah "Ia tidak pernah termasuk dalam senarai untuk dilakukan. Ia bukanlah bermaksud saya tidak peduli dan ia juga tidak bermaksud saya tidak mencuba, bukan?" Mengenai tuduhan bahawa beliau di bawah pengaruh ganja, Franco berkata "Saya rasakan Tasmanian Devil juga akan menjadi kaku berdiri di sebelah Anne Hathaway. Beliau mempunyai banyak tenaga!" Franco menambah bahawa beliau telah cuba yang terbaik dan mungkin mempunyai "tenaga rendah" semasa siaran.
Beberapa bulan kemudian, beliau kembali berkata mengenai pengacaraan gig di dalam temubual bersama Playboy. Franci berkata beliau memberitahu penerbit, "Saya tidak tahu mengapa kamu mengupah saya, kerana kamu tidak memberi saya apa-apa. Saya tidak fikir ia akan menjadi bagus". Beliau turut berkata beliau merasakan "seperti terperangkat dalam material tersebut" dan "tiada jalan keluar". Menerusi Twitter, Franco turut mengakui terlibat dengan pergaduhan dengan penulis lama Oscars Bruce Vilanch. Apabila Vilanch menyatakan pelakon yang sibuk muncul kurang dari komitmen penuh untuk tugasan, Franco membalas dengan gambar mereka berdua dengan menyatakan "James merosakkan oscars. Percayalah, saya TAHU komedi. Maksud saya, tolonglah, saya menulis untuk Bette Midler". Franco menerangkan kepada Playboy bahawa beliau tidak berfikir panjang ketika marah. Beliau menambah lagi, sebelum kemunculan Twitter, beliau sering berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.
Pada May, Franco melakukan pengarahan teater-tariannya yang sulung di studio Stella Adler di New York, dimana beliau menjadi perawi untuk kesemua persembahan. Berjudul "Collage", persembahan itu mengandungi tarian, teater, muzik dan sajak secara langsung. Tiket adalah percuma tetapi diedarkan kepada siapa yang cepat. Franco turut mengarahkan dua filem pendek untuk lagu "Blue" dan "That Someone Is You" oleh R.E.M. dari album mereka Collapse into Now (2011). Franco meneruskan kerjaya beliau sebagai pembikin filem dengan The Broken Tower, drama dokumentari selama 90 minit dalam hitam dan putih mengenai pensajak Hart Crane, yang membunuh diri dengan terjun dari kapal SS Orizaba. Ia pada asalnya bermula sebagai tesis Sarjana beliau. Ia telah ditayangkan di Festival Filem Los Angeles 2011 – bersama-sama dengan 200 buah filem cereka, projek pendek, dan video muzik dari lebih daripada 30 buah negara. Ia telah diterbitkan dalam bentuk DVD pada tahun 2012.
Sejak 2012, Franco telah menjadi pensyarah di UCLA mengajar kelas-kelas di Sekolah Teater, Filem dan Televisyen. Pada September 2012, Franco mengumumkan pelancaran single pertama kugirannya berjudul Love in the Old Days dan EP pertama mereka MotorCity. Pada 8 Mac 2013, Franco menerima bintang di Hollywood Walk of Fame yang terletak di 6838 Hollywood Boulevard. Pada 9 Julai 2013, Franco mengumumkan beliau akan muncul dalam Comedy Central Roast. Ia telah ditayangkan pada 2 September 2013.
Pada Februari 2014, Franco menulis sebuah artikel dalam The New York Times untuk menyokong seni persembahan metamodernis Shia LaBeouf, beliau menerangkan projek LaBeouf sebagai salah satu "dimana seorang pemuda dalam setiap profesion awam cuba untuk mendapatkan semula persona awamnya".". Pada April 2014, penerbit Graywolf Press telah menerbitkan koleksi sajak pertama Franco, Directing Herbert White. Judul tersebut merujuk kepada sajak (yang direka oleh Franco dalam filem pendek tahun 2010) Frank Bidart, yang telah menjadi kawan dan mentornya.
Pada September 2015, Franco megumumkan bahawa beliau akan mengajar kelas filem lapan bahagian kepada pelajar sekolah di Sekolah Tinggi Palo Alto. Kelas tersebut telah bermula pada 13 September 2015.
Dilihat sebagai simbol seks, Franco telah dinamakan Lelaki Terseksi pada tahun 2009 oleh Salon.com. Terdapat juga liputan media yang kerap terhadap Franco, terutamanya berkenaan minatnya untuk ke kolej. Tambahan pula, Franco sering mendakwa telah dikutuk menerusi laporan di media dan berita yang melaporkan maklumat yang salah tentangnya.
Ini membuatkan Franco melakukan paradi dalam salah satu episod segmen Weekend Update SNL, yang mana seorang penulis Entertainment Weekly menganggapkannya sebagai "bijak". In a 2011 interview, he stated:
Pada April 2012, Shalom Life telah meletakkan Franco dan adiknya, Dave, berkongsi di tempat kedua dalam senarai 50 lelaki Yahudi berbakat dan menarik. Pada tahun 2013, Franco telah muncul sebagai model muka hadap dan fokus dalam majalah lelaki, Man of the World.
Dalam bentuk media yang lain, sebuah syarikat teater di Chicago, Under the Gun Theater, telah membina sebuah rancangan yang diinspirasikan dan dinamakan sempena Franco. Dear James Franco sebuah produksi 2015 telah menggunakan, mengajuk dan membuat semula surat-surat kepada atau dari selebriti. Persembahan tersebut menggunakan improvisasi untuk menyindir subjek.
Pada 9 Januari 2018, sebuah acara New York Times, TimesTalk yang menampilkan James Franco, telah dibatalkan sebagai tindak balas ke atas tuduhan salah laku seksual Franco di media sosial. Pada 11 Januari 2018, Los Angeles Times mendakwa seramai lima orang wanita menuduh Franco melakukan tingkah laku yang tidak wajar atau seksual ke atas mereka, namun tuduhan tersebut dipertikaikan oleh peguam Franco, Michael Plonsker.
Franco menyatakan dirinya sebagai seorang Yahudi; berikutan didikan sekularnya, beliau memberitahu The Guardian bahawa beliau merasakan seolah-olah "terlepas pengalaman Yahudi", tetapi telah diberitahu oleh rakan-rakan Yahudinya untuk tidak bimbang mengenai perkara tersebut dan dalam wawancara yang sama Franco berkata beliau suka dengan "idea agama sebagai sumber komuniti". Apabila ditanya sama ada dia adalah "orang yang beriman", dia menjawab, "Dengan Tuhan? Saya tidak tahu. Ya. Pada tahap tertentu. Ia soalan yang rumit." Pada tahun 2015, beliau menganjurkan upacara Bar Mitzvah untuk dirinya yang dipimpin oleh seorang rabbi. .
Franco juga merupakan penyokong komuniti LGBT dan beliau pernah memegang watak sebagai seorang lelaki gay dalam projek-projeknya sehinggakan seksuali beliau menjadi subjek perbincangan dalam media sehinggakan beliau terus-menerusi dipersoalkan jika beliau sendiri merupakan seorang gay. Bagi menjawab soalan-soalan berkaitan seksualitinya, Franco menegaskan beliau menemui banyak dimensi dalam watak-watak tersebut berbanding kemewahan bilik tidur mereka. "Atau, anda tahu apa, " beliau berkata, "mungkin saya hanya gay." Dalam temu bual bersama majalah Four Two Nine pada Mac 2015, isu seksualiti beliau sekali lagi dibuka dan beliau memberitahu bahawa seksualiti anda bukanlah dengan siapa anda mempunyai seks, tetapi bagaimana kamu bertindak. "Dalam tahun 20-an dan 30-an, mereka sering mendefinisikan homoseksualiti dengan bagaimana kamu bertindak dan bukan dengan siapa kamu meniduri. Pelaut akan menidui lelaki sepanjang masa, namun selagi mereka berkelakuan dalam gaya maskulin, mereka tidak dianggap gay." Beliau menambah, "Saya suka berfikir bahawa saya adalah lelaki gay dalam seni saya dan lelaki normal dalam kehidupan saya. "
Desas-desus mengenai seksualiti Franco membawa kepada sebuah artikel Gawker yang mengaitkan beliau dengan gosip tidak bernama mengenai seorang lelaki gay terahsia yang digelar "Gay Rapist". Mangsa menafikan ia adalah Franco. Gawker enggan untuk menarik balik artikel tersebut kerana mereka hanya melaporkan apa yang telah diterbitkan oleh pihak lain dan menawarkan Franco peluang untuk memberi ulasan mengenai spekualsi tersebut di laman web mereka. Franco menolak dengan harapan isu ini akan berlalu begitu sahaja. Franco kemudiannya mengganggap ia sangat menyinggung kerana beliau mempunyai rakan yang pernah dirogol. Pada Julai 2015, seorang bekas pekerja Gawker mengakui di dalam akaun Twitternya bahawa dia sangat tertekan menulis artikel-artikel mengenai " Gay Rapist" untuk membuatkan pembaca mempercayai lelaki tersebut adalah Franco.
Selepas bertemu di set Whatever It Takes pada tahun 1999, Franco berjanjitemu dengan Marla Sokoloff selama lima tahun. Beliau kemudiannya menjalinkan hubungan dnegan pelakon Ahna O'Reilly sehingga tahun 2011. Franco mengesahkan perpisahan mereka menerusi temubual dengan majalah Playboy dalam isu Ogos 2011. Beliau mendapat perhatian pada April 2014 apabila cuba menetapkan temujanji dengan seorang gadis Scotland berusia 17 tahun di New York melalui media sosial. Gadis tersebut telah merakam perbualan mereka dan bertindak menyebarkannya kepada umum. Franco mengakui perbuatannya.
Franco yang tidak berpuas hati dengan arah tuju kerjayanya, telah mendaftar semula di UCLA pada musim luruh 2006 dalam pengajian bahasa Inggeris dengan konsentrasi penulisan kreatif. Beliau menerima kebenaran untuk mengambil 62 jam kredit berbanding 19 sahaja yang dibenarkan pada kebiasaannya. Beliau banyak menerima kredit dari pengajian bebas untuk penglibatannya dalam set Spider-Man 3. Beliau menerima ijazahnya pada Jun 2008 dengan GPA 3.5/4.0. Franco turut menyediakan tesis di bawah seliaan penulis novel, Mona Simpson. Semasa di universiti, Franco turut mempelajari Perancis, Holokus, falsafah sains dan kesusasteraan Amerika. Untuk meneruskan lakonan, beliau mempelajari set filem.
Franco telah dipilih sebagai pemberi ucapan di alma maternya, UCLA, dan upacara tersebut berlangsung pada 12 Jun 2009. Beberapa bulan sebelum majlis tersebut, sidang editorial dalam surat khabar pelajar mempersoalkan "kaliber" beliau dan seorang pelajar telah mencipta sebuah laman di Facebook untuk memprotes pemilihan Franco. Pada 3 Jun, Franco telah menolak tawaran tersebut dengan memberi alasan pertindihan tarikh dengan pra-produksi sebuah filem. Pada 26 Januari 2011, Franco dan Harvard Lampoon mengeluarkan video satirikal dalam laman web komedi terkenal Funny or Die yang mengejek pembatalan masa pendek beliau.
Franco berpindah ke New York untuk mengikuti program penulisan MFA Universiti Columbia, pembikinan filem di Sekolah Seni Tisch, Universiti New York, dan penulisan fiksyen di Kolej Brooklyn , selain turut menghadiri Program MFA untuk Penulis di Kolej Warren Wilson. Beliau menerima MFA dari Columbia pada 2010. Franco menjadi pelajar PhD di Universiti Yale dan turut menghadiri Sekolah Seni Reka Rhode Island.
Pelakon tersebut memilih untuk tidak menonton pencalonan Anugerah Akademi 2011 untuk menghadiri kelas. “Saya tak nak terlepas menghadiri kelas dan menganggap saya akan tercalon, tapi jika kamu mahu membawa krew kamera ke Yale serta tunggu dan lihat jika saya tercalon, saya akan gembira untuk keluar dari kelas dan mengatakan saya sangat berterima kasih", he commented.
Pada Mac 2011, Franco diumumkan akan mengajar mengenai mengubah sajak menjadi filem pendek kepada pelajar siswazah tahun tiga di NYU. Kos ini lebih fokus pada produksi, ini bermakna para pelajar tersebut akan bertanggungjawab mencipta filem mereka sendiri berdasarkan sajak.
Apabila ditanya tentang pendidikannya, Franco berkata beliau sukakan sekolah dan ua membuat beliau fokus serta merendah diri. "Saya pergi ke sekolah kerana saya suka berada dikelilingi orang yang berminat dengan apa yang saya minat dan saya mempunyai pengalaman yang hebat... Saya belajar perkara yang saya suka, jadi ia tidak seperti satu tugasan", beliau berkata kepada The Washington Post, merujuk kepada artikel New York Magazine.
Franco membina bakat seni lukisan—terutama melukis— ketika di sekolah tinggi ketika menghadiri Sekolah Seni Musim Panas California (CSSSA). Beliau berkata lukisan merupakan "outlet" yang diperlukannya di sekolah, dan beliau "sebenarnya telah lama melukis daripada berlakon". Lukisan-lukisan beliau telah dipertontonkan kepada umum buat pertama kami di Galeri Glü di Los Angelas dari 7 Januari sehingga 11 Februari 2006. Franco turut telah melancarkan pameran seni Eropah pertamanya pada tahun 2011 di Peres Projects di Berlin.
Francos minat menbaca semasa di set pengambaran. Penerbit Pineapple Express, Judd Apatow, berkata: "Dia seorang yang sangat berfikiran pendidikan. Kami sering tertawa kerana di antara selingan adengan dia akan membaca The Iliad ketika di set. Kami masih belum membaca The Iliad. Ia buku yang sukar. Bersama dia, ia selalunya James Joyce atau sesuatu".
Menerusi temubual dengan Showbiz411 pada 23 September 2010, Franco membuat pengumuman bahawa beliau menerima gred "D" dalam kelas "Lakonan" di Sekolah Filem NYU. Ia sebenarnya kelas "Pengarahan Pelakon". Franco mengakui beliau banyak tertinggal kelas sepanjang semester tersebut. Seorang profesor di NYU, José Angel Santana, mendakwa Franco tidak mendapat grednya ketika belajar di sana, menyatakan bahawa Franco tertinggal lebih 80% daripada kelasnya dan beliau hanya menerima markah yang tinggi dan segulung ijazah kerana status selebritinya sebagai seorang pelakon. Pada September 2012, Santana memfailkan saman ke atas Franco kerana fitnah dengan ganti rugi yang tidak ditentukan. Pada September 2013, Franco dan Santana menyelesaikan saman fitnah tersebut. "Perkara tersebut telah diselesaikan untuk kepuasan bersama kedua-dua pihak”, kata peguam Santana, Matthew Blit.
Menerusi Howard Stern Show, Franco telah mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan profesor sebelum semester bermula tentang bagaimana dia akan tertinggal kebanyakan kelas untuk filem 127 Hours, di mana mereka telah menetapkan Franco menerima 'D'. Franco telah mengajar di USC, UCLA, CalArts dan NYU di Jabatan Filen dan bahasa Inggeris. Untuk projek-projek filem pelajarnya, Franco telah menolong dengan menarik pelakon-pelakon seperti Seth MacFarlane, Kate Mara, Natalie Portman, Chloe Sevigny, Kristen Wiig dan Olivia Wilde. Pada Mac 2013, Franco telah muncul dalam iklan cetak separuh muka surat untuk UCLA yang mana meraikan bekas penuntut yang terkenal "akademik produktif", dengan slogan: "Some A-Listers Actually Get A's".
Filem | Tahun | Kredit sebagai | Catatan | Rujukan | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah filem | Penulis skrip | Lain-lain | Peranan | ||||
Never Been Kissed | 1999 | Jason Way | ||||||
If Tomorrow Comes | 2000 | Devin | ||||||
Whatever It Takes | 2000 | Chris Campbell | ||||||
Mean People Suck | 2001 | Casey Mitchell | Filem pendek | |||||
Sonny | 2002 | Sonny Phillips | ||||||
City by the Sea | 2002 | Joey LaMarca | ||||||
Spider-Man | 2002 | Harry Osborn | ||||||
Deuces Wild | 2002 | Tino Verona | ||||||
The Company | 2003 | Josh Williams | ||||||
Spider-Man 2 | 2004 | Harry Osborn | ||||||
The Ape | 2005 | Harry Walker | Also executive producer | |||||
The Great Raid | 2005 | Cpt. Robert Prince | ||||||
Fool's Gold | 2005 | Brent | ||||||
Tristan & Isolde | 2006 | Prince Tristan | ||||||
Annapolis | 2006 | Jake Huard | ||||||
The Wicker Man | 2006 | Bar Guy #1 | ||||||
Flyboys | 2006 | Blaine Rawlings | ||||||
The Dead Girl | 2006 | Derek | ||||||
The Holiday | 2006 | Himself | Uncredited cameo | |||||
Spider-Man 3 | 2007 | Harry Osborn / New Goblin | ||||||
Knocked Up | 2007 | Diri sendiri | Cameo (tiada kredit) | |||||
In the Valley of Elah | 2007 | Sergeant Dan Carnelli | ||||||
Finishing the Game | 2007 | Rob Force | ||||||
An American Crime | 2007 | Andy Gordon | ||||||
Interview | 2007 | — | Voice on Phone | |||||
Good Time Max | 2007 | Max | ||||||
Camille | 2008 | Silas Parker | ||||||
Pineapple Express | 2008 | Saul Silver | ||||||
Nights in Rodanthe | 2008 | Dr. Mark Flanner | Uncredited | |||||
Milk | 2008 | Scott Smith | ||||||
The Feast of Stephen | 2009 | - | Short film | |||||
Shadows and Lies | 2010 | William Vincent | ||||||
Date Night | 2010 | Tom "Taste" Felton | ||||||
Eat Pray Love | 2010 | David Piccolo | ||||||
Howl | 2010 | Allen Ginsberg | ||||||
Love & Distrust | 2010 | Travis | Segment: Grasshopper | |||||
127 Hours | 2010 | Aron Ralston | ||||||
The Green Hornet | 2011 | Danny "Crystal" Clear | Cameo (tanpa kredit) | |||||
Your Highness | 2011 | Prince Fabeous | ||||||
The Broken Tower | 2011 | Hart Crane | Penerbit dan editor | |||||
Sal | 2011 | Milton Katselas | ||||||
Rise of the Planet of the Apes | 2011 | Will Rodman | ||||||
My Own Private River | 2012 | — | Documentari | |||||
About Cherry | 2012 | Francis | ||||||
The Iceman | 2012 | Marty Freeman | ||||||
Spring Breakers | 2012 | Alien | ||||||
The Color of Time (aka Tar) | 2012 | C. K. Williams | ||||||
Maladies | 2012 | James | ||||||
The Letter | 2012 | Tyrone | ||||||
Interior. Leather Bar. | 2013 | Diri sendiri | Juga sebagai penerbit dan sinematografer | |||||
Oz the Great and Powerful | 2013 | Oscar Diggs | ||||||
This Is the End | 2013 | Diri sendiri | ||||||
Lovelace | 2013 | Hugh Hefner | ||||||
As I Lay Dying | 2013 | Darl Bundren | ||||||
Child of God | 2013 | Jerry | ||||||
Palo Alto | 2013 | Mr. B | Berdasarkan bukunya sendiri | |||||
Third Person | 2013 | Richard "Rick" Weiss | ||||||
Homefront | 2013 | Morgan "Gator" Bodine | ||||||
Kink | 2013 | — | Documentari Penerbit |
|||||
Veronica Mars | 2014 | Diri sendiri | Cameo (tanpa kredit) | |||||
Dawn of the Planet of the Apes | 2014 | Will Rodman | Cameo (tanpa kredit) | |||||
Good People | 2014 | Tom Wright | ||||||
The Sound and the Fury | 2014 | Benjy Compson | ||||||
The Interview | 2014 | Dave Skylark | Juga sebagai penerbit eksekutif | |||||
Don Quixote: The Ingenious Gentleman of La Mancha | 2015 | Pasamonte | ||||||
True Story | 2015 | Christian Longo | ||||||
Yosemite | 2015 | Phil | Juga sebagai penerbit eksekutif | |||||
I Am Michael | 2015 | Michael Glatze | Juga sebagai penerbit | |||||
Queen of the Desert | 2015 | Henry Cadogan | ||||||
Every Thing Will Be Fine | 2015 | Tomas Eldan | ||||||
Wild Horses | 2015 | Ben Briggs | ||||||
The Adderall Diaries | 2015 | Stephen Elliott | Juga sebagai penerbit | |||||
The Little Prince | 2015 | The Fox | Suara | |||||
Memoria | 2015 | Mr. Wyckoff | ||||||
The Night Before | 2015 | Diri sendiri | ||||||
The Labyrinth | 2016 | Narrator | Suara Juga sebagai penerbit eksekutif |
|||||
Goat | 2016 | Mitch | Juga sebagai penerbit | |||||
Sausage Party | 2016 | The Druggie | Suara | |||||
Burn Country | 2016 | Lindsay | ||||||
King Cobra | 2016 | Joe | Juga sebagai penerbit | |||||
The Caged Pillows | 2016 | David Del Rosario | Suara Filem pendek |
|||||
In Dubious Battle | 2016 | Mac McLeod | Juga sebagai penerbit | |||||
Why Him? | 2016 | Laird Mayhew | Juga sebagai penerbit eksekutif | |||||
The Institute | 2017 | Dr. Cairn | Juga sebagai penerbit eksekutif |
|||||
The Disaster Artist | 2017 | Tommy Wiseau | Juga sebagai penerbit | |||||
Alien: Covenant - Prologue: Last Supper | 2017 | Jacob Branson | Filem pendek | |||||
Alien: Covenant | 2017 | Cameo (tanpa kredit) | ||||||
Don't Come Back from the Moon | 2017 | Roman Smalley | Juga sebagai penerbit | |||||
The Vault | 2017 | Ed Maas | ||||||
This Is Your Death | 2017 | Male Host | ||||||
The Heyday of the Insensitive Bastards | 2017 | Conrad | ||||||
Actors Anonymous | 2017 | Jake Lamont | Juga sebagai penerbit eksekutif | |||||
Kill the Czar | 2017 | |||||||
The Long Home | 2018 | Dallas Hardin | Juga sebagai penerbit | |||||
Arctic Justice: Thunder Squad | 2018 | Lemmy | Suara | |||||
Kin | 2018 | |||||||
Pretenders | 2018 | Maxwell | ||||||
The Mad Whale | TBA | |||||||
Future World | TBA | Juga sebagai penerbit | ||||||
Bukowski | TBA | — | ||||||
Zeroville | TBA | Vikar | ||||||
Next Gen | TBA | 7723 | Suara |
Judul | Tahun | Peranan | Nota | Ref. |
---|---|---|---|---|
Pacific Blue | 1997 | Brian | Episod: "Matters of the Heart" | |
To Serve and Protect | 1998 | Kristin Carter | Filem TV | |
Profiler | 1999 | Stevie | Episod: "Three Carat Crisis" | |
Freaks and Geeks | 1999–2000 | Daniel Desario | 18 episod | |
At Any Cost | 2000 | Mike Roberts | Filem TV | |
James Dean | 2001 | James Dean | Filem TV | |
The X-Files | 2001 | Officer No. 2 | Episod: "Surekill" | |
General Hospital: Night Shift | 2007–2008 | Franco | 13 episod | |
General Hospital | 2009–2012 | Franco | 20 episod | |
Saturday Night Live | 2008 | Diri sendiri (pengacara) | Episod: "James Franco/Kings of Leon" | |
Anugerah Akademi ke-81 | 2009 | Saul Silver | Khas TV | |
Saturday Night Live | 2009 | Diri sendiri (pengacara) | Episod: "James Franco/Muse" | |
30 Rock | 2010 | Diri sendiri | Episod: "Klaus and Greta" | |
Anugerah Akademi ke-83 | 2011 | Diri sendiri (pengacara) | Khas TV | |
FCU: Fact Checkers Unit | 2012 | James | Episod: "James Franco Is Preggers" | |
Hollywood Heights | 2012 | Osborne "Oz" Silver | 6 episod | |
The Mindy Project | 2013 | Dr. Paul Leotard | 2 episod | |
Comedy Central Roast of James Franco | 2013 | Roastee | Khas TV | |
Saturday Night Live | 2014 | Diri sendiri (pengacara) | Episod: "James Franco/ Nicki Minaj" | |
Naked and Afraid | 2014 | Diri sendiri | Khas TV | |
Deadbeat | 2015 | Johnny Penis | Episod: "The Polaroid Flasher" | |
Angie Tribeca | 2016 | Sgt. Eddie Pepper | 6 episod | |
11.22.63 | 2016 | Jake Epping | 8 episod; juga sebagai penerbit dan pengarah bagi episod: "The Truth" | |
Mother, May I Sleep with Danger? | 2016 | Play Director | Filem TV; juga sebagai penulis | |
High School Lover | 2017 | Rick Winters | Filem TV; juga sebagai penerbit eksekutif | |
The Deuce | 2017–kini | Vincent Martino / Frankie Martino | 8 episod; juga sebagai penerbit eksekutif dan mengarahkan untuk dua episod | |
Saturday Night Live | 2017 | Diri sendiri (pengacara) | Episod: "James Franco/SZA" | |
The Ballad of Buster Scruggs | 2018 | TBA | Siri mini |
Judul | Tahun | Peranan | Nota | Ref. |
---|---|---|---|---|
Making a Scene with James Franco | 2014–kini | Diri sendiri / pelbagai |
Judul | Tahun | Peranan suara | Ref. |
---|---|---|---|
Spider-Man 3 | 2007 | Harry Osborn / New Goblin |
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
Other acting awards went to Melissa Leo and Penélope Cruz, both of whom are also up for Oscars, and to James Franco for his supporting role in Milk.
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan James Franco |