Blue Angels Pasukan Pertunjukkan Penerbangan Tentera Laut Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | 24 April, 1946 sehingga kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Cawangan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Peranan | Pasukan demonstrasi penerbangan aerobatik |
Saiz | 110 orang pegawai tentera laut dan kor marin berserta 45 anggota lain-lain pangkat semasa pertunjukkan |
Pangkalan | NAS Pensacola NAF El Centro (lapangan terbang musim sejuk) |
Warna | Biru "Blue Angel" Kuning "Insignia" |
Tanda kebesaran | |
Simbol pengenalan | |
Pesawat terbang | |
Pejuang | 10 - F/A-18A Hornet (satu tempat duduk) 2 - F/A-18B Hornet (dua tempat duduk) *Nota - empat pesawat simpanan |
Pengangkut | 1 - C-130T Hercules |
Skuadron Demonstrasi Penerbangan Tentera Laut, atau lebih popular dengan nama Blue Angels merupakan sebuah pasukan aerobatik udara milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Blue Angels telah membuat pertunjukkan buat pertama kalinya pada tahun 1946 dan secara rasmi merupakan pasukan demonstrasi udara tentera pertama di dunia.[perlu rujukan] Skuadron yang mengandungi enam juruterbang demonstrasi ini menerbangkan pesawat Boeing F/A-18 Hornet dalam lebih 70 pertunjukkan udara di lebih 34 lokasi di serata Amerika Syarikat pada setiap tahun, di mana mereka masih menggunakan praktik dan teknik sama yang digunakan di pertunjukkan udara sejak tahun 1946. Sejak penubuhan mereka, "Blues" telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat yang berbeza untuk lebih daripada 427 juta penonton di seluruh dunia.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Blue Angels. |