Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Actiq, Duragesic, Fentora, dan lain-lain |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
MedlinePlus | a605043 |
Data lesen | |
Kategori kehamilan |
|
Liabiliti penggantungan | Tinggi |
Kaedah pemberian | Mulut, epidural, suntikan intraotot, suntikan intratekal, suntikan intravena, pemberian sublingua, tampalan kulit |
Kelas ubat | Opioid |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | 92% (transdermal) 89% (intranasal) 50% (mulut) 33% (telan) 100% (intraotot)/> 55% (sedutan nafas) |
Pengikatan protein | 80–85% |
Metabolisme | Hati, paling utama oleh CYP3A4 |
Mula masa tindak | 5 minit |
Penyingkiran separuh hayat | IV: 6 minit (T1/2 α) 1 jam (T1/2 β) 16 jam (T1/2 ɣ) Intranasal: 6.5 jam Transdermal: 20–27 jam Sublingual/bukal (dos tunggal): 2.6–13.5 jam |
Tempoh tindak | IV: 30–60 minit |
Perkumuhan | Kebanyakan melalui urin (metabolit, <10% dadah yang tak terurai) |
Pengecam | |
| |
CompTox Dashboard (EPA) | |
ECHA InfoCard | 100.006.468 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C22H28N2O |
Jisim molar | 336.48 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
Ketumpatan | 1.1 g/cm3 |
Takat lebur | 87.5 °C (189.5 °F) |
| |
| |
(verify) |
Fentanil ialah sejenis opioid yang digunakan sebagai ubat sakit dan untuk pembiusan bersama dengan ubatan lain. Fentanil juga digunakan sebagai dadah rekreasi, selalunya dicampur dengan heroin atau kokain. Ia mempunyai masa mula tindakan yang pantas dan kesannya biasanya berkekal kurang daripada dua jam. Dari segi perubatan, fentanil diberi melalui suntikan, semburan hidung, tampalan kulit, atau diserap melalui pipi (transmukosa) sebagai lozeng atau tablet.
Kesan sampingan biasa termasuklah muntah, sembelit, sedasi, kekeliruan, halusinasi dan kecederaan yang berkaitan dengan koordinasi yang lemah. Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk hipoventilasi (penurunan pernafasan), sindrom serotonin, tekanan darah rendah, ketagihan, atau koma. Fentanil berfungsi terutamanya dengan mengaktifkan reseptor μ-opioid. Ia adalah sekitar 100 kali lebih kuat daripada morfin, dan beberapa analog fentanil seperti karfentanil adalah sekitar 10,000 kali lebih kuat.
Fentanil pertama kali terhasil oleh Paul Janssen pada tahun 1960 dan diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1968. Pada tahun 2015, 1,600 kilogram (3,500 lb) digunakan dalam penjagaan kesihatan secara global. Setakat 2017[kemas kini] , fentanil ialah opioid sintetik yang paling banyak digunakan dalam perubatan. Tampalan fentanil untuk sakit kanser terkandung pada Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Pada 2016, fentanil dan analog-analognya adalah penyebab kematian yang disebabkan oleh keterlampauan dos yang paling kerap di Amerika Syarikat iaitu lebih daripada 20,000 orang, merangkumi kira-kira separuh daripada semua kematian yang berpunca dari penyalahgunaan opioid. Kebanyakan kematian ini disebabkan oleh fentanil yang terhasil secara haram.
Untuk satu vial per 100 mikrogram, purata kos borong di negara membangun ialah 0.66 dolar AS pada tahun 2015. Pada 2017, harga di Amerika Syarikat ialah 0.49 dolar untuk jumlah yang sama. Di AS, tablet 800 mcg adalah 6.75 kali lebih mahal pada 2020 berbanding lozeng. Pada tahun 2017, ia adalah ubat ke-250 yang paling kerap dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 1.7 juta preskripsi.
Onset of action after IV administration of Fentanyl is 3–5 minutes; duration of action is 30–60 minutes.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Fentanil |