Rencana ini perlu dikemas kini.(Mac 2023) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (Mac 2023)
Klik pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Shakira شاكيرا | |
---|---|
Kelahiran | Shakira Isabel Mebarak Ripoll 2 Februari 1977 Barranquilla, Colombia |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1990–present |
Organisasi | Barefoot Foundation |
Karya | |
Rakan kongsi domestik |
|
Anak-anak | 2 |
Anugerah | |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Syarikat rakaman | |
Laman web rasmi | shakira |
Shakira Isabel Mebarak Ripoll (Arab: شاكيرا إيزابيل مبارك ريبول , lahir 2 Februari 1977) atau Shakira ialah seorang penyanyi dan penulis lagu dari Colombia.
Beliau mendedahkan banyak bakatnya di sekolah sebagai penghibur secara langsung, menunjukkan kemahiran vokal dengan rock and roll berpengaruh Latin dan Timur Tengah dengan tarian perutnya yang asli. Beliau dijolok sebagai "Ratu Muzik Latin" yang handal kemahiran muziknya sehingga menarik perhatian banyak pendengar sedunia bukan penutur bahasa Sepanyol luar Amerika Latin kepada muzik Latino; lagi-lagi dengan album Laundry Service tahun 2001 yang terjual lebih 13 juta salinan seluruh dunia.
Shakira Isabel lahir pada 2 Februari 1977 in Barranquilla, pantai utara Colombia. Beliau anak tunggal kepada William Mebarak Chadid, seorang keturunan Arab Lubnan asal Bandar Raya New York dan Nidia Ripoll Torrado, seorang keturunan keluarga berbangsa Catalonia yang berhijrah ke Colombia abad ke-19; beliau mempunyai enam kakak abang tiri hasil perkahwinan ayahnya. Beliau dibesarkan dalam anutan Gereja Katolik malah mendapat pendidikan dalam sekolah diuruskan pihak gereja tersebut
Beliau mula minat menulis pada usia empat tahun. Beliau tertarik dengan mesin taip yang digunakan ayahnya mengarang cerita sehingga mahukan benda sama sebagai hadiah hari Natal; beliau dapat mesin taip baru ketika berusia 7 tahun yang digunakan untuk mengarang banyak sajak yang menjadi lagu. Pada waktu sama juga beliau menaruh minat menjadi seorang penghibur apabila berada di sebuah restoran Arab bersama ayahnya dan mula menari gelek sedengar irama gendang darbukah yang dimainkan di sana.
Beliau sering menunjukkan kemahiran tarian geleknya kepada rakan-rakan sekelasnya setiap minggu yang menyemarakkan cita-citanya sebagai seorang seniwati. Beliau pernah mencuba nasib memasuki grup paduan suara sekolahnya tetapi ditolak guru muziknya yang tidak senang vibrato nya "seperti seekor kambing".
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan backgroundtitlebillboard
tidak disediakan'Yo soy una fusion. I am a fusion,' says Shakira. 'That's my persona. I'm a fusion between black and white, between pop and rock, between cultures—between my Lebanese father and my mother's Spanish blood, the Colombian folklore and Arab dance I love and American music.'
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Shakira |