Festival (Jawi: فيستيۏال ) atau pesta (Jawi: ڤيستا ) adalah acara yang diadakan dalam kalangan sesebuah masyarakat untuk meraikan dan memperingati sesuatu ciri yang dikongsikan bersama masyarakat tersebut baik dari segi agama mahupun budaya.
Festival dan pesta sepunca dari akar Latin: festum bermaksud "jamuan"; perkataan pesta hasil turunan bentuk jamak kata itu dalam bahasa Portugis manakala festival muncul dari terbitan kata tersebut sebagai festus "seakan jamuan" dan kemudiannya fēstīvus atau festivalis "meriah seakan jamuan" kepada bahasa Perancis seterusnya kepada bahasa Inggeris. Kedua-dua perkataan ini walaupun berkongsi akar sama mempunyai maksud sedikit berpincang: pesta dikaitkan dengan kegiatan jamuan makan minum dalam acara sahaja berbanding festival yang lebih umum merangkumi keseluruhan acara besar diadakan.
kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa...
perjamuan makan minum (bersuka ria dan sebagainya)...