Elon Reeve MuskFRS (/ˈiːlɒn/; lahir 28 Jun 1971) merupakan seorang jurutera, ahli perniagaan, pereka industri dan usahawan teknologi. Beliau memegang kerakyatan Afrika Selatan, Kanada dan Amerika dan merupakan pengasas, ketua pegawai eksekutif (CEO), dan pereka utama SpaceX; pengasas bersama, CEO, dan arkitek produk Tesla, Inc.; pengasas bersama Neuralink; pengasas The Boring Company; dan pengasas bersama PayPal. Pada Disember 2016, beliau menerima ranking ke-21 di dalam senarai Orang Paling Berkuasa di Dunia oleh majalah Forbes. Setakat Oktober 2018,[kemas kini] beliau mempunyai nilai bersih mencecah $22.8 bilion dan disenaraikan oleh Forbes sebagai orang paling terkaya di dunia.
Kehidupan awal dan pendidikan
Musk dilahirkan pada 28 Jun 1971 di Pretoria, Transvaal, Afrika Selatan. Ibunya, Maye Musk (née Haldeman) merupakan seorang model dan pakar diet dari Regina, Saskatchewan, Kanada, tetapi dibesarkan di Afrika Selatan. manakala bapanya Errol Musk merupakan seorang kelasi, juruterbang dan jurutera elektromekanikal kelahiran Afrika Selatan yang merupakan pemilik separa lombong zamrud berdekatan Tasik Tanganyika. Ibu bapanya bercerai pada 1980, di mana Musk tinggal bersama bapanya di luar bandar Pretoria.
Pada tahun 1989, beliau berpindah ke Kanada untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Queen's serta mengelak kerahan wajib oleh pemerintah Afrika Selatan. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang fizik dan perniagaan di Universiti Pennsylvania pada tahun 1992.
Musk meneruskan pelajaran kali ini mendapatkan ijazah kedoktoran di Universiti Stanford, California dalam bidang fizik tenaga. Namun beliau terus berhenti setelah mendapat tahu potensi peniagaan hasil gelembung ekonomi Internet yang wujud pada ketika itu lalu menubuhkan suatu syarikat bernama Zip2 Corporation.
Kerjaya perniagaan
Zip2
Pada tahun 1995, Musk dan adiknya Kimbal menubuhkan Zip2, sebuah syarikat perisian sesawang setelah memeperolehi modal kecil hasil beberapa pelabur ihsan.
Zip2 dibeli oleh Compaq sebanyak US$307juta dalam bentuk tunai:109 serta US$34juta dalam bentuk pilihan saham.[perlu rujukan] pada Februari 1999.
Pada Mac 1999, Musk menubuhkan bersama syarikat X.com, sebuah syarikat pembayaran mel elektronik dan khidmat perniagaan dalam talian menggunakan modal hasil penjualan Zip2 sebanyak US$10juta. Syarikat itu bergabung dengan Confinity setahun kemudian. Confinity pada ketika itu mempunyai suatu perkhidmatan penghantaran wang bernama PayPal dan gabungan kedua-dua syarikat baharu ini bertumpu kepada membangunkan syarikat ini.
Musk menubuhkan sebuah syarikat yang mengkhusus kepada penghasilan kenderaan pelancaran dan teknologi roket angkasa bernama Space Exploration Technologies (atau SpaceX) pada Mei 2002; beliau turut menjadi ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai teknologi syarikat ini. Ia pada mulanya melancarkan beberapa kenderaan iaitu Falcon 1 dan Falcon 9 dan roket SpaceX Dragon; roket Falcon 1 merupakan kenderaan persendirian dijana bendalir yang berjaya menghantarkan satelit ke orbit Bumi pada September 2008. SpaceX Dragon pula merupakan syarikat persendirian pertama yang berjayay melabuhkan kenderaan sendiri pada Stesen Angkasa Antarabangsa pada 25 Mei 2012.
Tesla, Inc. ialah sebuah syarikat automotif dan tenaga bersih multinasional Amerika yang beribu pejabat di Austin, Texas. Syarikat ini menghasilkan kenderaan electrik (kereta elektrik dan trak elektric).
Musk menetap di Bel Air, Los Angeles, California. Beliau bertemu isteri pertamanya, penulis Kanada Justine Musk, ketika sama-sama belajar di Universiti Queen's. Mereka berkahwin pada 2000. Mereka disahkan bercerai pada September 2008. Pada Januari 2012, Musk mengumumkan bahawa beliau mengakhiri hubungannya selama empat tahun dengan isteri keduanya, pelakon United Kingdom, Talulah Riley. Musk mempunyai tujuh anak, yang mana seorang telah meninggal dunia.
Tosca Musk, adik Elon, ialah pengasas Musk Entertainment dan telah menerbitkan banyak filem. Elon menjadi penerbit eksekutif filem pertama Tosca, Puzzled. Adiknya, Kimbal, ialah CEO syarikat pencarian sosial OneRiot dan pemilik restoran The Kitchen yang terletak di Boulder dan Denver, Colorado. Sepupunya, Lyndon Rive, merupakan CEO dan pengasas bersama Solar City.
Tom Mueller (Naib Presiden Pembangunan Teknologi Pendorongan)
* menandakan kenderaan atau mesin yang tidak/belum pernah terbang serta misi atau kemudahan di masa depan. † menandai misi yang gagal, kendaraan yang hancur, dan kemudahan yang terhenti atau ditinggalkan.