Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dennis Nicolaas Maria Bergkamp | ||
Tarikh lahir | 10 Mei 1969 | ||
Tempat lahir | Amsterdam, Belanda | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Ajax (pembantu jurulatih) | ||
Kerjaya remaja | |||
1981–1986 | Ajax | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1986–1993 | Ajax | 185 | (103) |
1993–1995 | Internazionale | 52 | (11) |
1995–2006 | Arsenal | 315 | (87) |
Jumlah | 552 | (201) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1989 | Belanda B21 | 2 | (0) |
1990–2000 | Belanda | 79 | (37) |
Pasukan diurus | |||
2011– | Ajax (pembantu) | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Dennis Nicolaas Maria Bergkamp (Sebutan Belanda: ( listen); lahir 10 Mei 1969) merupakan bekas pemain bola sepak Belanda yang kini merupakan pembantu jurulatih bagi kelab Ajax. Asalnya beliau beraksi di posisi pemain tengah, namun Bergkamp berpindah ke posisi penyerang sehinggalah beliau menamatkan kariernya.
Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Ajax pada tahun 1986. Aksi Bergkamp yang menonjol menarik minat oleh beberapa kelab Eropah selain menerima panggilan oleh pasukan kebangsaan. Bergkamp berpindah ke Internazionale pada tahun 1993. Selepas dua musim mengecewakan di Itali, beliau berpindah ke Arsenal dan meraih tiga trofi Liga Perdana Inggeris, empat trofi Piala FA dan melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2006. Bersama pasukan kebangsaan Belanda, Bergkamp mengejutkan rekod Faas Wilkes untuk menjadi penjaring gol terbanyak Belanda sepanjang zaman pada tahun 1998 sebelum rekod tersebut dikejutkan oleh Patrick Kluivert, Robin van Persie dan Klaas-Jan Huntelaar.
Dianggap salah satu pemain terhebat di kalangan generasinya, Bergkamp menduduki tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Beliau dipilih oleh Pelé sebagai salah satu daripada FIFA 100. Pada tahun 2007, beliau dimasukkan ke dalam "English Football Hall of Fame" dan kekal satu-satunya pemain Belanda meraih pencapaian tersebut. Bergkamp turut mempunyai nama samaran iaitu "Non-Flying Dutchman" oleh peminat Arsenal kerana beliau menghidapi masalah "aviofobia".
Bergkamp sertai akademi kelab Ajax ketika usia 11 tahun. Pengurus Johan Cruyff memberikan peluang kepadanya untuk melakukan penampilan sulung bersama skuad senior pada 14 Disember 1986 menenetang Roda JC yang berkesudahan Ajax menang 2-0. Bergkamp menjaringkan gol pertamanya untuk Ajax ketika menentang HFC Haarlem pada 22 Februari 1987 yang menyaksikan Ajax menang 6-0. Beliau seterusnya melakukan 23 penampilan dalam musim 1986–87 termasuk penampilan sulung di kejohanan Eropah menentang Malmö FF dalam kejohanan Piala Pemenang Eropah. Ajax menjuarai kejohanan tersebut dengan menewaskan Lokomotive Leipzig 1–0 selain Bergkamp turut tampil dalam perlawanan tersebut sebagai pemain gantian.
Pada musim-musim seterusnya, Bergkamp menjadi tonggak utama pasukan. Hasilnya Ajax meraih kejuaraan Eredivisie pada musim 1989-90 buat pertama kali dalam tempoh lima tahun. Bergkamp menjaringkan 29 gol dalam 36 perlawanan pada musim berikutnya sekali gus menjadi penjaring terbanyak liga bersama pemain PSV Eindhoven, Romário. Ajax turut merangkul kejuaraan Piala UEFA pada tahun 1992 selepas menewaskan Torino menerusi gol di tempat lawan. Ajax seterusnya mengecewakan Heerenveen 6–2 pada perlawanan akhir Piala KNVB pada 20 Mei 1993. Bergkamp turut menjadi penjaring terbanyak Eredivisie dari tahun 1991 hingga 1993 dan diundi sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Belanda dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1992 dan 1993. Secara keseluruhannya, Bergkamp telah menjaringkan 122 gol dalam 239 kemunculannya untuk Ajax.
Bergkamp menarik tumpuan beberapa kelab Eropah kerana prestasi cemerlang beliau di Ajax. Johan Cruyff menasihat beliau agar tidak menyertai Real Madrid, salah satu kelab yang menunjukkan minat terhadap Bergkamp. Tetapi Bergkamp memilih untuk beraksi di liga Itali. Beliau merasakan Serie A ialah liga terbaik dunia pada masa itu dan beliau memlih untuk melakukan perpindahan sama ada ke Juventus dan Internazionale. Pada 16 Februari 1993, Bergkamp bersetuju untuk melakukan perpindahan sebanyak 7.1 juta paun ke Internazionale. Perundingan tersebut turut melibatkan teman sepasukannya di Ajax, Wim Jonk.
Bergkamp melakukan penampilan sulungnya untuk Internazionale ketika menentang Reggiana pada 29 Ogos 1993 dan berkesudahan kemenangan 2-1. Beliau menjaringkan gol sulungnya semasa menentang Cremonese pada September 1993 tetapi beliau menghadapi kesukaran dalam menembusi pertahanan lawan di liga Itali dengan hanya menyumbat tujuh gol dalam saingan liga. Hal ini demikian kerana pengurus Internazionale iaitu Osvaldo Bagnoli tidak berupaya mencari barisan penyerang yang teguh dengan meletakkan Bergkamp bersama Rubén Sosa dan Salvatore Schillaci. Persembahan hambar Inter menjurus kepada pemecatan Bagnoli pada Februari 1994 dan jawatan ketua jurulatih diisi oleh Gianpiero Marini, salah satu pemain daripada skuad Itali yang menjulang trofi Piala Dunia pada tahun 1982. Akhirnya, Inter menamatkan musim 1993-94 di tangga ke-13 liga dan hanya satu mata daripada zon penyingkiran. Namun begitu, Inter menikmati kejayaan manis di peringkat Eropah dengan meraih Piala UEFA selepas menumbangkan Austria Salzburg pada pentas final. Bergkamp dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan mencetak lapan gol sepanjang kejohanan.
Pada musim kedua Bergkamp di Internazionale, Ottavio Bianchi menjawat ketua jurulatih baru kelab. Bergkamp menempuh kempen yang mengecewakan apabila mengalami masalah kecederaan, tekanan dan kelesuan dari kejohanan Piala Dunia 1994. Beliau hanya menjaringkan lima gol dalam 26 kemunculan. Di luar padang, hubungan Bergkamp dengan sidang media Itali dan penyokong tidak begitu nyaman. Disebabkan persembahan hambar dipamerkan olehnya di atas padang, siaran Itali menggelarkannya "Pemain Terburuk Mingguan" (L'asino della settimana). Internazionale menamatkan musim di tangga keenam Serie A dan gagal mempertahankan kejuaraan Piala UEFA dengan tersingkir di pusingan kedua. Pada Februari 1995, Internazionale dibeli oleh ahli perniagaan Itali dan peminat Inter sendiri, Massimo Moratti yang berjanji akan melabur berlebihan di dalam pasukan. Tempat Bergkamp di dalam kesebelasan utama Inter tidak menentu selepas pembelian Maurizio Ganz sebulan selepas pengambilalihan Moratti sebagai presiden kelab.
Apabila presiden Internazionale, Moratti bersedia melakukan perubahan drastik di Inter, Bergkamp lalu meninggalkan Inter dan melakukan perpindahan ke kelab Arsenal pada Jun 1995 kira-kira menelan kos sebanyak 7.5 juta paun. Beliau merupakan pembelian pertama di bawah pengurus Bruce Rioch di Arsenal dan memecah rekod perpindahan kelab. Ketibaan Bergkamp di Arsenal dianggap amat penting buat kelab kerana beliau bukan sahaja mencipta nama malah beliau ialah penyumbang utama Arsenal untuk kembali menggapai kejayaan selepas merosot pada pertengahan 1990an. Pada pembukaan musim 1995-96, Bergkamp melakukan penampilan sulungnya menentang Middlesbrough sehingga masa penamat. Beliau bergelut untuk mengadaptasi gaya permainan Inggeris dan gagal menyumbat gol sehinggalah perlawanan keenam liga. Pada 23 September 1995, Bergkamp menjaringkan gol sulungnya dan gol keduanya untuk Arsenal ketika menentang Southampton di Highbury. Bergkamp menamatkan musim pertamanya di Arsenal dengan melakukan 33 kemunculan dan mencetak sebelas gol dan membantu Arsenal menghuni tempat kelima liga dan menempah tiket ke Piala UEFA pada musim hadapan apabila beliau menjaringkan gol kemenangan saat menentang Bolton Wanderers pada hari terakhir musim.
Perlantikan Arsène Wenger sebagai pengurus baru Arsenal pada September 1996 menandakan titik perubahan dalam karier Bergkamp. Wenger yang melakar kejayaan sebagai pengurus di Perancis dan Jepun sebelum ini mengagumi bakat Bergkamp dan ingin menggunakannya sebagai fulkrum serangan pasukan. Walaupun beliau dilihat kurang beraksi pada musim 1996-97, Bergkamp banyak mempengaruhi pasukan dengan mencipta 13 hantaran jaringan. Pada perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada November 1996, beliau melakukan hantaran kepada kapten Tony Adams untuk melakukan jaringan kemenangan pada minit ke-88. Bergkamp seterusnya turut menjaringkan gol pada masa kecederaan. Bergkamp dilayangkan kad merah buat pertama kali ketika menentang Sunderland pada Januari 1997 selepas melakukan terjahan keras terhadap Paul Bracewell pada minit ke-26. Arsenal seterusnya tewas 1-0 pada perlawanan tersebut tetapi mereka mencipta lapan kemenangan dalam 16 perlawanan terakhir musim membolehkan Arsenal menduduki tempat ketiga liga sekali gus terlepas ke saingan Liga Juara-Juara musim depan menerusi perbezaan gol.
Pada musim 1997-98, Bergkamp merupakan tonggak utama Arsenal untuk melengkapi kejuaraan berganda dengan meraih trofi liga domestik dan saingan piala domestik. Beliau menjadi penjaring terbanyak kelab dengan menyumbat 22 gol. Pada 23 Ogos 1997, Bergkamp menjaringkan hatrik pertamanya untuk Arsenal ketika berdepan Leicester City di Filbert Street. Ketika perlawanan suku akhir Piala FA menentang West Ham United pada 17 Mac 1998, Bergkamp telah dibuang padang akibat menyiku Steve Lomas sekali gus beliau terlepas tiga perlawanan seterusnya akibat penggantungan. Beliau tidak beraksi baki perlawanan Arsenal selepas mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan menentang Derby County pada 29 April 1998 dan terlepas saingan final Piala FA 1998. Bergkamp dinobatkan sebagai pemenang Pemain Terbaik Tahunan PFA sekali gus menjadi pemain bukan British ketiga meraih anugerah tersebut.
Pada musim 1998-99, Arsenal kecewa gagal mempertahankan gelaran liga pada hari terakhir musim selepas gelaran itu diraih Manchester United. Walau bagaimanapun, Bergkamp menjadi penjaring terbanyak kedua Arsenal dalam seluruh kejohanan dengan mencetak 16 gol dan menamatkan musim sebagai pembantu jaringan terbanyak di Liga Perdana bersama Jimmy Floyd Hasselbaink iaitu 13 gol dihasilkan. Arsenal turut tewas kepada Manchester United pada peringkat separuh akhir Piala FA pada April 1999. Dengan skor berkesudahan seri 1-1, perlawanan diheret ke masa tambahan. Arsenal dianugerahkan tendangan penalti selepas Ray Parlour dijatuhkan oleh Phil Neville di dalam kotak penalti. Bergkamp mengambil tendangan tersebut namun diselamatkan oleh penjaga gol Peter Schmeichel. Pada babak kedua masa tambahan, Ryan Giggs menjaringkan gol kemenangan buat Manchester United dan gol tersebut dianggap gol terbaik dalam sejarah Piala FA. Selepas gagal menyempurnakan tendangan penalti pada perlawanan tersebut, Bergkamp secara langsung tidak mengambil mana-mana tendangan penalti sepanjang sisa kariernya.
Musim 1999-2000 terbukti mengecewakan Bergkamp dan Arsenal. Mereka menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kedua liga, 18 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United. Mereka turut tewas pada final Piala UEFA kepada kelab Turki, Galatasaray menerusi penentuan penalti. Pemergian rakan senegaranya, Marc Overmars dan pemain tengah Perancis, Emmanuel Petit pada hujung musim menimbulkan spekulasi masa depan Bergkamp. Beliau seterusnya bersetuju untuk melanjutkan kontraknya pada Disember 2000. Walaupun Arsenal melakukan beberapa pembelian pemain baru pada musim 2000-01, mereka sekali lagi menghuni tangga kedua liga buat tiga tahun berturut-turut. Kemunculan Thierry Henry dan Sylvain Wiltord sebagai penyerang utama Arsenal membataskan peluang Bergkamp dalam kesebelasan utama pasukan. Bergkamp diturukan sebagai pemain gantian pada hujung perlawanan final Piala FA antara Arsenal dan Liverpool yang berkesudahan Liverpool menang 2-1.
Kejayaan akhirnya dikecapi Arsenal pada musim 2001-02. Arsenal meraih kejuaraan Liga Perdana dan menjulang trofi Piala FA selepas menewaskan Chelsea 2–0. Bergkamp beraksi dalam 33 perlawanan liga dan menjaringkan 15 gol. Bergkamp menanduk masuk gol kemenangan ketika menentang Liverpool pada pusingan keempat Piala FA pada 27 Januari 2002 tetapi beliau dibuang padang selepas menerjah pemain pertahanan lawan, Jamie Carragher. Beliau seterusnya digantung tiga perlawanan (dua perlawanan liga, satu pusingan Piala FA). Bergkamp merayu supaya mengurangkan hukuman tetapi tidak berjaya. Beliau akhirnya kembali ketika perlawanan menentang Newcastle United pada 3 Mac 2002. Bergkamp tampil dalam sembilan daripada sepuluh perlawanan terakhir liga dan membentuk pasangan serangan bersama Freddie Ljungberg.
Bergkamp menjaringkan gol ke-100nya untuk Arsenal pada musim 2002-03 ketika menentang Oxford United dalam pusingan ketiga Piala FA pada 4 Januari 2004. Dalam saingan liga, Arsenal gagal untuk mempertahankan kejuaraan. Walau bagaimanapun, mereka menjuarai Piala FA untuk tahun kedua berturut-turut selepas mengecewakan Southampton pada perlawanan akhir. Pada 20 Julai 2003, Bergkamp melanjutkan kontraknya selama setahun bersama Arsenal. Musim 2003-04 menyaksikan Arsenal muncul juara Liga Perdana. Lebih-lebih lagi, mereka merupakan kelab Inggeris pertama menempuh saingan liga tanpa kekalahan selama seabad. Pada penghujung musim, Bergkamp komited untuk menandatangani kontrak lanjutannya bersama Arsenal.
Bergkamp beraksi dalam 29 perlawanan liga pada musim 2004-05 tetapi Arsenal gagal mempertahankan gelaran liga. Mereka menamatkan musim di tangga kedua liga dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea. Ketika menentang Middlesbrough pada 22 Ogos 2004, Bergkamp menjadi kapten pasukan untuk menggantikan Patrick Vieira yang mengalami kecederaan dan Arsenal kembali untuk menang 5-3 selepas ketinggalan 1-3 sekali gus menyamakan rekod Nottingham Forest iaitu rekod 42 perlawanan liga tanpa tewas. Ketika perlawanan menentang Sheffield United dalam Piala FA pada 19 Februari 2005, Bergkamp telah dilayangkan kad merah oleh pengadil Neale Barry kerana menolak pertahanan lawan, Danny Cullip. Rayuannya mengenai keputusan Persatuan Bola Sepak Inggeris ditolak dan bermakna beliau terlepas tiga perlawanan domestik Arsenal. Pada perlawanan terakhir Arsenal musim ini, Bergkamp dinobatkan "Pemain Terbaik Perlawanan" menentang Everton selepas menjaringkan satu gol dan membantu tiga gol lain Arsenal dan perlawanan berkesudahan kemenangan 7-0 berpihak kepada Arsenal. Berikutan kemenangan Arsenal ke atas Manchester United dalam final Piala FA 2005 menerusi penentuan penalti, beliau melanjutkan kontraknya selama setahun bersama Arsenal.
Arsenal menamatkan saingan liga di tangga keempat pada musim terakhir Bergkamp di Arsenal. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang Thun pada perlawanan pertama Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-72. Selepas banyak kempen dilakukan oleh penyokong Arsenal, pihak kelab telah mereka bentuk tema Stadium Highbury bagi perlawanan terakhir Arsenal di stadium tersebut untuk Dennis Bergkamp. "Bergkamp Day" berlangsung pada 15 April 2006 dan menyaksikan Arsenal menentang West Bromwich Albion. Bergkamp diraikan oleh seluruh peminat Arsenal. Para peminat diberi kemeja oren "DB10" – warna pasukan kebangsaannya, namanya dan nombor skuadnya. Bergkamp beraksi pada separuh masa kedua dan membantu Robert Pirès menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan permainan. Akhirnya, Bergkamp menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk membuktikan gol terakhirnya buat Arsenal dalam arena bola sepak. Bergkamp tidak dimasukkan ke dalam skuad pada perlawanan terakhirnya untuk Arsenal ketika menentang FC Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Barcelona menjaringkan dua gol pada 13 minit terakhir sekali gus meranapkan peluang Arsenal merangkul kejuaraan berprestij tersebut.
Pada 22 Julai 2006, Bergkamp beraksi dalam satu perlawanan testimoni menentang kelab lamanya, Ajax Amsterdam di stadium baru Arsenal, Stadium Emirates. Beliau beraksi bersama bapanya, Wim dan anak lelakinya, Mitchel. Keempat-empat anaknya menjadi maskot perlawanan. Babak pertama berlangsung menyaksikan antara skuad semasa Arsenal dan Ajax manakala babak kedua pula bekas pemain terkenal dari kedua-dua kelab. Antara bekas pemain yang beraksi untuk Arsenal ialah Ian Wright, Patrick Vieira, Marc Overmars, Emmanuel Petit dan David Seaman manakala Johan Cruyff, Marco van Basten, Danny Blind, Frank dan Ronald de Boer untuk Ajax. Arsenal memenangi perlawanan tersebut dengan skor 2-1 hasil jaringan Henry dan Nwankwo Kanu. Klaas-Jan Huntelaar menjaringkan gol tunggal Ajax dan gol pembukaan permaianan sekali gus menjadikan beliau penjaring gol pertama di Stadium Emirates.
Bergkamp melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belanda ketika menentang Itali pada 26 September 1990 sebagai pemain simpanan menggantikan Frank de Boer. Beliau menjaringkan gol sulungnya di pentas antarabangsa ketika perlawanan menentang Greece pada 21 November 1990. Bergkamp dipilih ke dalam skuad Euro 1992, di mana pasukan Belanda merupakan juara bertahan kejohanan. Walaupun Bergkamp mempamerkan aksi memukau dengan menjaringkan tiga gol pada kejohanan tersebut, pasukan Belanda terpaksa akur akan kekalahan kepada Denmark pada peringkat separuh akhir menerusi penentuan penalti sebelum pasukan Denmark menjadi juara edisi tersebut.
Dalam kempen kelayakan Piala Dunia 1994, Bergkamp menjaringkan lima gol dan terpilih ke kejohanan Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat. Beliau tampil dalam setiap perlawanan Belanda di Piala Dunia tersebut termasuklah menjaringkan gol ketika menentang Maghribi di peringkat kumpulan dan Republik Ireland di pusingan 16. Bergkamp turut mencetak gol kedua Belanda dalam perlawanan suku akhir menentang Brazil namun Belanda tewas 3-2 sekali gus tersngkir daripada saingan Piala Dunia. Ketika kejohanan Euro 1996, Bergkamp menjaringkan gol saat menentang Switzerland. Belanda tersingkir selepas tewas kepada Perancis pada peringkat suku akhir menerusi penentuan penalti.
Beliau menjaringkan hatrik pertamanya untuk pasukan Belanda ketika menentang Wales dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998. Pasukan Belanda layak ke Piala Dunia 1998 di Perancis selepas menjadi juara kumpulan dalam kempen kelayakan. Bergkamp menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan termasuklah gol kemenangan yang paling diingati ketika menentang Argentina pada peringkat suku akhir. Gol tersebut dipilih Bergkamp sebagai gol paling diminati sepanjang kariernya selain beliau mengambil alih rekod Faas Wilkes sebagai penjaring terbanyak pasukan Belanda. Pada peringkat separuh akhir, Belanda tewas kepada Brazil menerusi penentuan penalti selepas terikat seri 1-1 . Bergkamp dimasukkan ke dalam Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia 1998 bersama rakan sepasukan, Frank de Boer dan Edgar Davids.
Pada 9 Oktober 1999, Bergkamp menjaringkan gol terakhirnya untuk Belanda ketika menentang Brazil. Apabila Belanda dipilih sebagai tuan rumah Euro 2000 bersama Belgium, Belanda layak secara automatik dan dianggap sebagai pasukan pilihan. Pada peringkat separuh akhir, Belanda tewas kepada Itali menerusi penentuan penalti 3-1. Berikutan kekalahan tersebut, Bergkamp mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa dan memilih untuk fokus terhadap kariernya di Arsenal. Beliau telah menjaringkan 37 gol dalam 79 kemunculan antarabangsa sebelum Patrick Kluivert mengejutkan rekod penjaring terbanyak Belanda pada Jun 2003.
Selepas bersara, Bergkamp bertegas beliau tidak akan melangkah ke alam jurulatih. Beliau menolak tawaran untuk menjadi pencari bakat Arsenal dan sebaliknya beliau menumpukan pada percutian dan meluangkan masa bersama keluarganya. Walau bagaimanapun pada April 2008, beliau memulakan diploma melatih trek laju untuk bekas pemain bola sepak antarabangsa Belanda. Beliau turut melengkapkan kursus Betaald Voetbal oleh Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB). Seterusnya, beliau dilantik menjadi pembantu Johan Neeskens bagi pasukan Belanda B yang baru dibentuk pada 26 Oktober 2008. Untuk musim 2008-09, Bergkamp kembali ke Ajax sebagai jurulatih paasukan bawah-12 tahun. Berikutan Frank de Boer dinaikkan pangkat sebagai pengurus Ajax pada Disember 2010, Bergkamp dilantik menjadi pembantu jurulatih Fred Grim bagi pasukan Ajax bawah-19 tahun.
Pada Ogos 2011, Bergkamp telah dinamakan sebagai pembantu jurulatih De Boer di pasukan senior Ajax. Walau bagaimanapun selepas ketibaan Peter Bosz sebagai ketua jurulatih Ajax, peranan Bergkamp mula berubah. Beliau tidak lagi duduk di bangku simpanan semasa perlawanan pasukan senior Ajax, sebaliknya beliau memberi tumpuan kepada latihan dan membantu pemain muda layak ke pasukan senior.
Bergkamp telah berkahwin dengan pasangannya, Henrita Ruizendaal pada 16 Jun 1993. Pasangan ini telah mempunyai empat orang anak iaitu Estelle Deborah, Mitchel Dennis, Yasmin Naomi dan Saffron Rita. Sepupunya, Roland Bergkamp kini bermain untuk kelab Sparta Rotterdam dan sebelum ini merupakan pemain bagi kelab Brighton & Hove Albion.
Bergkamp digelar "Non-Flying Dutchman" kerana takut menaiki kapal terbang. Hal ini berpunca daripada insiden pasukan Belanda ketika kejohanan Piala Dunia 1994 apabila enjin kapal terbang mereka dihentikan ketika sedang penerbangan dan mendorong seorang wartawan bergurau mengatakan dia menyimpan bom di dalam begnya. Berikutan insiden ini, Bergkamp bertekad beliau tidak akan menaiki kapal terbang lagi tetapi beliau tetap mencari rawatan dari pakar psikiatri.
Keadaan ini mengehadkan keupayaannya untuk beraksi di gelanggang lawan dalam kejohanan Eropah dan bersama pasukan kebangsaan Belanda di tempat lawan. Dalam sesebuah kes, beliau terpaksa menaiki kereta atau tren tetapi dalam sesetengah perlawanan, beliau tidak mengikuti kesemuanya.
Kelab | Musim | Liga | Piala1 | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Ajax | 1986–87 | 14 | 2 | 5 | 0 | 4 | 0 | 23 | 2 |
1987–88 | 25 | 5 | 1 | 0 | 6 | 1 | 32 | 6 | |
1988–89 | 30 | 13 | 3 | 3 | 1 | 0 | 34 | 16 | |
1989–90 | 25 | 8 | 2 | 1 | 1 | 0 | 28 | 9 | |
1990–91 | 33 | 25 | 3 | 1 | – | – | 36 | 26 | |
1991–92 | 30 | 24 | 3 | 0 | 11 | 6 | 44 | 30 | |
1992–93 | 28 | 26 | 4 | 4 | 8 | 3 | 40 | 33 | |
Jumlah | 185 | 103 | 21 | 9 | 31 | 10 | 237 | 122 | |
Internazionale | 1993–94 | 31 | 8 | 6 | 2 | 11 | 8 | 48 | 18 |
1994–95 | 21 | 3 | 3 | 0 | 2 | 1 | 26 | 4 | |
Jumlah | 52 | 11 | 9 | 2 | 13 | 9 | 74 | 22 | |
Arsenal | 1995–96 | 33 | 11 | 8 | 5 | – | – | 41 | 16 |
1996–97 | 29 | 12 | 4 | 2 | 1 | 0 | 34 | 14 | |
1997–98 | 28 | 16 | 11 | 5 | 1 | 1 | 40 | 22 | |
1998–99 | 29 | 12 | 8 | 3 | 3 | 1 | 40 | 16 | |
1999–2000 | 28 | 6 | 0 | 0 | 11 | 4 | 39 | 10 | |
2000–01 | 25 | 3 | 5 | 1 | 5 | 1 | 35 | 5 | |
2001–02 | 33 | 9 | 6 | 2 | 7 | 3 | 46 | 14 | |
2002–03 | 29 | 4 | 7 | 1 | 5 | 2 | 41 | 7 | |
2003–04 | 28 | 4 | 4 | 1 | 6 | 0 | 38 | 5 | |
2004–05 | 29 | 8 | 5 | 0 | 4 | 0 | 38 | 8 | |
2005–06 | 24 | 2 | 3 | 0 | 4 | 1 | 31 | 3 | |
Jumlah | 315 | 87 | 61 | 20 | 47 | 13 | 423 | 120 | |
Jumlah kerjaya | 552 | 201 | 91 | 32 | 91 | 32 | 734 | 264 |
1Tidak termasuk Perisai Komuniti FA.
Pasukan kebangsaan Belanda | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1990 | 4 | 3 |
1991 | 5 | 2 |
1992 | 11 | 7 |
1993 | 6 | 4 |
1994 | 11 | 6 |
1995 | 5 | 1 |
1996 | 10 | 6 |
1997 | 5 | 4 |
1998 | 9 | 3 |
1999 | 5 | 1 |
2000 | 8 | 0 |
Jumlah | 79 | 37 |
Gol antarabangsa oleh Dennis Bergkamp | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
21 November 1990 | Rotterdam, Belanda | Yunani | Kelayakan Euro 1992 | |||
19 Disember 1990 | Ta' Qali, Malta | Malta | ||||
11 September 1990 | Eindhoven, Belanda | Poland | Persahabatan | |||
4 Disember 1990 | Thessaloniki, Greece | Yunani | Kelayakan Euro 1992 | |||
27 Mei 1992 | Sittard, Austria | Austria | Persahabatan | |||
12 Jun 1992 | Gothenburg, Sweden | Scotland | Euro 1992 | |||
18 Jun 1992 | Jerman | |||||
22 Jun 1992 | Denmark | |||||
9 September 1992 | Eindhoven, Belanda | Itali | Persahabatan | |||
23 September 1992 | Oslo, Norway | Norway | Kelayakan Piala Dunia 1994 | |||
28 April 1993 | London, England | England | ||||
13 Oktober 1993 | Rotterdam, Belanda | England | ||||
17 November 1993 | Poznań, Poland | Poland | ||||
1 Jun 1994 | Eindhoven, Belanda | Hungary | Persahabatan | |||
12 Jun 1994 | Toronto, Kanada | Kanada | ||||
29 Jun 1994 | Orlando, Amerika Syarikat | Maghribi | Piala Dunia 1994 | |||
4 Julai 1994 | Ireland | |||||
9 Julai 1994 | Dallas, Amerika Syarikat | Brazil | ||||
29 Mac 1995 | Rotterdam, Belanda | Malta | Kelayakan Euro 1996 | |||
4 Jun 1996 | Ireland | Persahabatan | ||||
13 Jun 1996 | Birmingham, England | Switzerland | Euro 1996 | |||
9 November 1996 | Eindhoven, Belanda | Wales | 1–0 | 7–1 | Kelayakan Piala Dunia 1998 | |
6–0 | ||||||
7–1 | ||||||
12 Disember 1996 | Brussels, Belgium | Belgium | ||||
26 Februari 1997 | Paris, Perancis | Perancis | Persahabatan | |||
30 April 1997 | Serravalle, San Marino | San Marino | Kelayakan Piala Dunia 1998 | |||
6 September 1997 | Amsterdam, Belanda | Belgium | ||||
20 Jun 1998 | Marseille, Perancis | Korea Selatan | Piala Dunia 1998 | |||
29 Jun 1998 | Toulouse, Perancis | Yugoslavia | ||||
4 Julai 1998 | Marseille, Perancis | Argentina | ||||
9 Oktober 1999 | Amsterdam, Belanda | Brazil | Persahabatan |
|deadurl=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
Ketahui lebih lanjut tentang Dennis Bergkamp di Wikipedia: | |
Imej dan media dari Commons | |
Berita dari Wikiberita | |
Teks sumber dari Wikisumber |